03 Jun 2017

Kebaikan Makan Kurma Di Bulan Ramadhan



Kurma adalah buah wajib yang ada di bulan Ramadhan. Banyak nutrisi yang terkandung dalam buah ini seperti zat besi, kalsium, magnesium, selenium, serat, kalium, sukrosa, glukosa, frukrosa dan masih banyak lagi.

Mengapa kita disyorkan untuk memakan buah kurma dibulan puasa?

1. Kurma adalah tenaga booster
Dengan memakan kurma, anda akan mengalami peningkatan tenaga yang diperlukan ketika sedang berpuasa.

2. Mengurangkan tahap kolesterol
Selama berpuasa, tubuh berada dalam proses mengeluarkan racun, kurma dapat membantu proses tersebut. Kurma menghapuskan kolesterol jahat dari tubuh anda.

3. Membunuh jangkitan
Beberapa jenis kurma dapat membunuh jangkitan bakteria dalam tubuh kerana mereka bertindak sebagai antibiotik yang kuat.

4. Mencegah sembelit
Kurma kaya dengan serat dan akan membantu dalam proses pembuangan air besar. Ia juga meningkatkan gerakan peristaltik yang terjadi pada usus, hal ini penting untuk buang air besar.

5. Membentuk tulang yang kuat
Kurma kaya dengan mineral seperti tembaga, selenium, magnesium, kalsium dan lain-lain. Semua mineral ini diperlukan untuk tulang yang kuat.


6. Mencegah kanser dan melambatkan penuaan
Antioksida pada kurma membantu melawan radikal bebas dan racun dalam tubuh. Ia mampu mendetokfikasi hati dan membantu melawan sel-sel kanser.

7. Mencegah anemia
Kurma kaya dengan zat besi yang membantu dalam pembentukan hemoglobin. Hemoglobin merupakan bahagian penting dari sel darah merah dan membawa oksigen ke sel-sel tubuh.

8. Cegah stroke dan serangan jantung
Kurma kaya dengan magnesium yang baik untuk jantung dan pembuluh darah. Ia dapat mencegah daripada arteri terseumbat dan membuatkan arus darah menjadi lancar.

9. Bemanfaat semasa kehamilan
Mengamalkan kurma semasa kehamilan membantu mencegah anemia, tekanan darah tinggi dan membuatkan tulang anda sihat. Ia juga membantu melancarkan proses induksi semasa bersalin.

10. Menurunkan tekanan darah
Orang yang menghidap hipertensi harus mengamalkan buah kurma. Ia kaya dengan kalium dan magnesium yang membantu untuk mengembalikan tekanan darah menjadi normal.



Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

2 ulasan:

  1. Cuba gak nak bancuh susu kurma yang tengah viral sekrang, tapi tak berkesempatan lagi

    http://tarotthefool.blogspot.my/2017/06/tulip-festival-in-everland-amusement.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuuu cuba jgn tak cuba.
      rasa dia sedap sngt. buat time sahur, insyaAllah boleh kenyang

      Padam