Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Rindu | Teringat Kisah Kau Dan Aku


Tiba tiba datang teringat. Kenangan lalu menyapa, menyingkap kisah lalu kau dan aku. Rindu ! Hanya itu satu ungkapan yang mampu aku tuturkan saat ini. Aku rindu kenangan bersama kau. Aku rindu gelak tawa kau. Aku rindu leteran kau. Aku rindu rajuk gedik kau. Aku rindu nak bertekak dengan kau. Aku rindu nak menjeling masam muka dengan kau. Rindu! rindu!! rindu!!!

Aku tahu rindu aku tak mungkin akan berbalas. Aku sedar semua tu. Tapi aku masih ada hak untuk merindu, kan. Hurmmm.. teringat kisah tahun lepas. Hampir setiap petang kau teman aku pergi bazar ramadhan. Kau pilihkan juadah berbuka untuk aku. Aku tahu kau tak suka tempat yang sesak berasak asak. Kau rimas dengan tempat yang ramai orang. Tapi untuk aku, kau sanggup hadap semua tu. Aku hargai beb!

Kita berbuka puasa bersama-sama. Ingat lagi, kita berbuka puasa tepi pantai tu. Angin kuat gila. Kau makan selambar je. Kata kau, sebab lapar sangat. Aku senyum. Jauh disudut hati sebenarnya aku bangga dengan kau. Kau mampu tahan lapar dan dahaga semata mata nak berbuka puasa dengan aku walaupun hakikatnya kau tak puasa, kan. Kata kau, berpuasa makan dan minum bukan rokok.

Time sahur, kekadang kau yang kejutkan aku. Kau call sampai aku terjaga. Thanks beb! Kau buat aku rasa tak pernah keseorangan. Walaupun time tu aku intern, duduk hostel sorang diri, pergi kerja sorang diri, hadap segala masalah di tempat kerja sorang diri.

Aku rindu jugak family kau. Rindu anak buah kau. Mesti sekarang dia dah besar, kan. Dah pandai berjalan barangkali. Dia comel, geram aku tengok. Mak kau pun baik. Tiap kali aku datang rumah kau, family kau layan aku dengan baik. Kau pun sama.

Rindu aku pada kau tak pernah padam. Tapi aku malas nak layan sangat rindu tu sebab nanti aku sedih, aku menangis sorang sorang. Aku tak tahu mana kau sekarang. Aku tak tahu macam mana keadaan kau sekarang. Tapi tika dan saat ni, aku teringat sangat pada kau. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab teringat time puasa bersama kau tahun lepas. Mungkinlah..


Aku sayang kau. Tapi aku sedar sayang tu takkan kemana. Kau dan aku terlalu berbeza. Kita tak mungkin bersama. Takkan mungkin. Mustahil! Agama kita berbeza walaupun cara hidup kita hampir sama. Apapun berlaku, aku doakan kau bahagia. Walau dimana kau berada, walau dengan siapa pun kau sekarang, aku doakan kau bahagia

Ya, aku marah kau. Aku terkilan dengan sikap kau. Sebab kau tipu aku. Kau selindungkan semua tu dari aku. tapi marah aku tak lama pun. Cuma aku terkilan. Terkilan dengan sikap kau. Kau cakap antara kita tiada rahsia. Hakikatnya, kau yang merahsiakan semua tu dari aku. Aku mungkin marah kalau kau jujur. Tapi marah aku hanya sekejap. Mungkin setakat tu antara kau dan aku. Tapi bila kau selindungkan semua tu, aku rasa terkilan. Bodohkah aku sampai tertipu dengan kau?  - BPC

Bila aku sayangkan seseorang, aku akan percayakan orang tersebut. Kau buatlah apa sahaja, aku akan percaya. Kau cakaplah apapun, aku akan percaya. Tapi bilamana sekali kau kantoi, sampai bila bila pun aku takkan percayakan kau lagi. Aku tak marahkan aku. Aku cuma terkilan. 



Tiada ulasan