Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kebaikan Menangis Yang Ramai Tidak Tahu


Selalunya menangis sering dikaitkan dengan emosi negatif dan ramai yang cakap menangis bukanlah sesuatu perkara yang baik.

Tapi, tahukah anda bahawa ada kebaikannya pada kesihatan jika anda menangis? Pelikkan?

1. Melegakan Stres
Kajian mendedahkan, menangis membantu mengembalikan keadaan fizikal dan mental kita jauh lebih baik. Ia sekaligus melegakan anda dari tekanan.

2. Membuang Toksin Dalam Badan
Satu kajian mendapati air mata yang dihasilkan mengandungi toksin. Menangis juga boleh membuang toksin yang tekandung dalam tubuh.

3. Sanitiser Semulajadi
Air mata mengandungi enzim yang dipanggil lysozyme dan mempunyai ciri-ciri antibakteria. Ia sekali gus boleh menjadi sanitiser semula jadi!

4. Merawat Mata Kering
Air mata secara semula jadi melincirkan mata, mencegah mata kekeringan, kemerahan dan kerengsaan.

5. Meningkatkan Mood
Tangisan boleh membantu anda rasa lebih lega dan meningkatkan mood anda. Sewaktu menangis, tubuh mengeluarkan endorfin yang membuatkan emosi anda menjadi lebih baik.

6. Merawat Kemurungan
Satu lagi kebaikan menangis ialah mampu merawat kemurungan. Pakar psikologi mendedahkan, menangis boleh membantu seseorang melepaskan semua emosi negatif yang terpendam.


1 ulasan

  1. Jangan lupe lawat blog tarot

    http://tarotthefool.blogspot.my/2017/06/tulip-festival-in-everland-amusement.html

    BalasPadam