Banyak kes penceraian berlaku disebabkan kurang persefahaman antara pasangan lelaki dan perempuan. Kurang persefahaman ini mungkin kerana perbezaan umur sama ada perempuan lebih tua dari lelaki atau perempuan lebih muda dari lelaki. Gaduh sikit je terus bercerai. Umur pasangan sama ada tua dan muda, bagi kita nampak remeh je tapi sebenarnya yang remeh itulah perlu diberi perhatian.
CARA MEMAHAMI HATI PASANGAN MENGIKUT UMUR.
1. PEREMPUAN LEBIH TUA DARI LELAKI.
Perempuan yang lebih tua dari lelaki selalunya bersikap matang, setia, banyak menegur, peramah dan suka tengok orang yang dia sayang tu bahagia. Tapi dia suka bersedih sendirian, tahap ego yang tinggi, cemburu, sensitif, mudah wasangka, cepat merajuk dan susah untuk dipujuk. Kadang-kadang susah nak faham kehendak dia. Perempuan yang umurnya lebih tua dari lelaki sebenarnya tak suka dirinya ditegur. Walaupun dia emosi sikit tapi jangan risau sebab dia ni seorang penyayang dan pandai menghargai orang.
2. PEREMPUAN LEBIH MUDA DARI LELAKI .
Perempuan yang lebih muda dari lelaki adalah biasa. Beza umur dengan lelaki biasanya antara 2-5 tahun. Perempuan macam ni selalunya jenis yang ceria dan kelakar. Dia suka bercakap banyak. Jenis yang sporting tapi kuat cemburu dan sensitif. Dan lelaki kena banyak ikut kemahuan dia. Kurang matang tapi memahami. Kadang-kadang perempuan yang lebih muda akan cari masalah dengan pasangannya semata-mata nakkan perhatian yang lebih dari pasangnnya.
3. PEREMPUAN DAN LELAKI YANG SAMA UMUR.
Pasangan yang sama umur memang nampak sweet tapi negatifnya sama-sama ego. Susah nak memahami antara satu sama lain dan kurang matang. Maklumlah, masing-masing tak nak mengalah dan selalu gaduh. Mood kedua-dua pasangan pun berubah-ubah. Masing-masing nak tunjuk hebat Biasa la, darah orang muda. Perlu banyak bertolak ansur dalam sesuatu perkara supaya masalah yang dihadapi itu tak bertambah besar.
Kredit : baituljannah
hihi bilaaa nak jumpa pasangan taaah ngeh3..
BalasPadammemang kena banyak bersabar je lah kuncinya :D
BalasPadamkalau dah jodoh maka bersbrlah tua atau muda ..hiii
BalasPadamPendek kata, semua kena bersabar dengan pasangan tak kira usia.. kan..
BalasPadam