Kisah Tomyam Pantai Timur
22 Januari 2018
Assalamualaikum..
Wahh nama bukan main gempak gitu..
'Tomyam Pantai Timur'.
Nama tu diberi disebabkan kamilah yang membuatnya.
Alkisahnya, harini aku tekak aku rasa nak makan tomyam. Pedas pedas masam tapi sedap. Fuhhh terbayang diruangan mata, nikmatnya kalau dapat makan tomyam tu.
Aku cerita keinginan aku tu dekat si Apik. Hahaaa dia gelak je. Tahu lettuw, aku nak suruh dia buatkan tomyam tu. Kihkihkihhh.. kira adillah. Aku cari barang pastu dia masak. Adilkan? Lagipun, masakan dia sedap. Serius sedap. Rasanya setakat ni dialah yang selalu masak, rajin masak dan pandai masak. Kekdang kalau aku rasa nak makan something, aku akan bagitahu dia. Pakej sekali, dia tolong masakkan untuk aku. Heheee..
Untuk malam ni 'Tomyam Pantai Timur' kami sedikit tergendala. Tadi, aku gigih sediakan bahan. Kupas bawang, tumbuk serai, halia segala bagai. Okay, siap part bahan. Tetiba sampai part ayam, semua hancusss.. air takde wehhh.. air takde.. sedihnya.. takleh nak basuh ayam. Uwarghhh.. sendu kejap aku.
Kebiasaannya, di perumahan ni sekitar waktu maghrib memang takde air. Katanya tekanan air rendah. Rumah yang bahagian belakang-belakang ni memang takkan dapat air. Tunggulah lagi sejam dua, dekat nak isyak ataupun lepas isyak. Time tu air akan ada seperti biasa. Omay, maka kami pun menunggu.
Take Note : aku sempat siapkan entry ni sementara menunggu air ada seperti sediakala.
loading..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
wah... share resepi please! hehe
BalasPadamSedapnya....pedas pedas masam...huiiiii..nikmat.
BalasPadamwahh tak sabar nak tgu dah siap nti
BalasPadamwahhh tak sabar nak tunggu tomyam ni
BalasPadamDengar nama tomyam pun dah rasa macam nak tambah nasi dah ni hehehhe
BalasPadamalahai terbantut nak mask ea sbb air takde..
BalasPadamalahai sedih pulak takde air nak buat tomyam. aira suka gak tomyam, sedappp nikmat!
BalasPadam