Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

KAYLIZ Granola Oat | Bijirin Untuk Sarapan Pagi & Snack Di Waktu Santai

Oats adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen. Tahukah anda Oats sebenarnya banyak khasiat, terutamanya untuk mereka yang dalam proses diet.


Sebelum ni bila sebut perkataan Oats, mesti aku akan buat muka. Bukan apa, ini disebabkan aku bukanlah penggemar dan juga peminat Oats. Entah, aku pun tak pasti kenapa tekak aku tidak boleh terima Oat. Padahal Oats banyak khasiat, kan? Ruginya aku!

Baru- baru ni aku kenal satu produk yang berasakan Oats. Okay, kalau sebelum ni, sebut pasal Oats memang aku akan angkat kaki tapi tidak untuk kali ini. Aku tertarik dengan produk KAYLIZ Granola Oat ni. Gabungan warna yang digunakan sangat cantik, purple. 


Bahan asas Kayliz Granola adalah  Oat, Sweet Potato, Chia Seed dan Madu. Pelbagai manfaat dari Kayliz Granola yang perlu kita ketahui. Antara kebaikkan Kayliz Granola Oat adalah :-

  • Meningkatkan penghadaman
  • Menurunkan berat badan
  • Mengurangkan kolestrol
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Mencegah kanser
  • Mencegah anemia
  • Meningkatkan kualiti kulit
  • Menjaga kestabilan tekanan
  • Keupayaan untuk menurunkan kolestrol
  • Mengawal pencernaan
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Menggalakkan fungsi organ yang betul 
  • Menurunkan tekanan darah 
  • Meningkatkan aktiviti kognitif 
  • Membina tulang yang kuat 
  • Elak kencing manis 
  • Hormon merangsang pertumbuhan tisu baru 




Kayliz Granola Oat ini boleh diambil bersama susu segar dan yogurt untuk sarapan pagi. Juga boleh dimakan begitu sahaja, dijadikan snack untuk dimakan waktu santai-santai. Kayliz Granola Oat ini boleh mengenyangkan anda kerana ia rendah kalori.




Harga sepeket Kayliz Granola Oat ini hanya RM17.90 sahaja. Kalau korang nak beli boleh beli secara online di Facebook www.facebook.com/kaylizHQ atau telefon 019-625 5010. Korang juga boleh kunjungi Instagram KAYLIZ Granola Oat. Nak lagi mudah dan cepat, boleh terus Whatsapp www.wasap.my/01110906902 @ www.wasap.my/0196255010. Untuk sebarang pertanyaan, boleh terus Email ke Kayliz Granola Oat di kaylizoat@gmail.com.

Take Note : Aku bukanlah penggemar Oat. Tapi aku boleh makan oat keluaran Kayliz Granola Oat dengan senang hati dan nikmat sekali. Sedap. Rasanya manis manis potato dan rangup. Disebabkan aku bukanlah penggemar susu dan yogart, jadi aku makan Kayliz Granola Oat begitu sahaja. Jadikan snack ketika santai di depan tv waktu petang sambil layan drama Lafazkan Kalimah Cintamu.
Kayliz Granola Oat memang sangat sedap. Jujur cakap, makan Kayliz Granola Oat rasa macam syok pulak. Lepas satu.. satu lepas tu satu lagi dan lagi masuk dalam mulut. Bila sedar, bekas dah kosong. Okay, kita tambah lagi Kayliz Granola Oat dalam mangkuk dan sambung layan drama Datuk Farid Kamil tu.
Aku juga makan Kayliz Granola Oat pada waktu pagi. Jadikan sarapan pagi/ snack sebelum pergi kerja. Alhamdulillah, perut kenyang sampai ke tengah hari. Oat ni memang mengenyangkan perut aku. Seronoknya. Best pulak rasa, kalau macam ni memang sesuai sangat untuk aku yang sedang berdiet ni, #misikurus2018. 



3 ulasan

  1. mmg sedap granola tu... nak order la pulak... hehe

    BalasPadam
  2. slalu nmpk kt farmasi tp belum tergerak nk bli tp lps bc entry ni rs nk try laa pulak

    BalasPadam
  3. i would definitely make this as my to go snack everyday.

    BalasPadam