Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Izinkan Aku pergi



Lelaki : Selamat tinggal

Perempuan : Kenapa kau tinggalkan aku?

Lelaki : Sebab aku jumpa yang lebih baik daripada kau.

Perempuan : Aku juga sudah jumpa yang lebih baik, tapi aku tetap pilih untuk bersama kau.



Kamu,
Seandainya kesempurnaan yang dikejar, aku bukanlah orang yang tepat untuk bersamamu. Sesungguhnya terlalu banyak kekurangan dalam diri aku. Mungkin aku bukan sesiapa untukmu.

Tapi ketahuilah, sesungguhnya kau sesuatu yang berharga dalam hidup aku. Bersamamu aku gembira. Disisimu aku bahagia. Melihat senyumanmu aku tenang. Kau pelengkap kekurangan yang aku miliki.

Kamu,
Disaat kau jatuh, aku setia disisi. Aku hulurkan tangan, gapai dirimu yang kian tumbang. Aku bersamamu dalam melalui detik kesukaran itu. Aku melihat sendiri bagaimana kau hampir tersungkur. Sikap bengismu kian kelihatan. Airmatamu ada kalanya berlinangan. Semangatmu kian runtuh. Kau seakan mengalah dengan hidup.

Aku,
Aku sedih melihat apa yang kau lalui. Situasi kau seakan penamat hidup. Aku melihat rakan-rakan kau kian menjauh. Kawan baik kau hilang entah kemana. Masih aku ingat apa yang pernah kau adukan dulu. Katamu, mereka hilang. Hilang seiring hilangnya kesenanganmu. Airmata kau menitis. Aku tahu kau sedih dengan situasi itu.

Kamu,
Masih ingatkan janjiku padamu. Janji untuk aku akan terus bersamamu. Aku akan terus membantumu. Aku akan ada disetiap kesukaran yang kau alami.

Kamu,
Janji itu telah aku tunaikan. Hatiku lega melihat kau kembali senyum. Kau semakin riang. Kau semakin bahagia. Dan kau semakin menjauh dari aku. Kini kau bukan lagi kamu yang pernah aku kenal suatu masa dulu. Kejayaan kau seakan merosakkan jadak antara kau dan akh. Kejayaan kau seakan merubah hati kau. Mana kau yang dulu. Mana kau yang sentiasa ambil berat tentang aku. Mana kau yang selalu lindungi aku. Mana kau yang selalu ajak aku lepak. Mana kau? Mana...

Kamu,
Adakah ini kesudahannya. Adakah ini semua terjadi kerana dia? Tidakkk bukan kerna dia tapi kerana kau. Kau yang buka hati untuk dia. Kau yang biarkan dia mengambil hati kau. Kaulah puncanya. Takda angin takkan pokom bergoyang. Kalau kau tak melayan semua ini takkan berlaku. Hurm...

Kamu,
Alasan yang kau beri tak tercapai dek akal. Dia lebih baik dari aku ? Baikkah dia. Hurmmm.. kalau dia baik, dia takkan kacau kau. Dia takkan ganggu kau sebab dia tahu aku wujud dihati kau. Baik je dia? Hurmmm...

Kamu,
Aku terlalu penat dengan semua ni. Alasan kau kerja, kerja dan kerja. Hakikatnya kau luangkan masa bersama dia. Kau habiskan masa cuti kau bersama dia. Kau kejam! Aku biarkan aku tertunggu tunggu padahal kau beeseronok dengan dia.


Tiada ulasan