Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kesihatan | Ciri-Ciri Penyakit Obsessive Compulsive Disorder (OCD)

CIRI-CIRI OCD


Macamana nak kenalpasti ocd ya?

Pernah tak tengok orang buat benda yang sama berulang2?
Mandinya lama amatttt
Basuh tangan macam mandi
Basuh kereta macam kereta tu bajak lumpur
Susun baju, susun kasut, susun pinggan mangkuk teratur macam kat hotel
Pinggan mangkuk semua mesti sama
Dan macam2 lagi

Yes, ini la antara ciri2 OCD

Apa sebenarnya OCD tu?

 OCD adalah singkatan dari OBSESSIVE COMPULSIVE DISORDER

 Ciri-Ciri OCD

Sebelum seseorang individu dilabelkan mengidap OCD, ada beberapa kriteria yang perlu dilihat

* Orang itu obsesional dari aspek pemikiran, bayangan atau cara yang bertubi-tubi (rumination), contohnya dia merasa tangannya kotor walaupun hakikatnya tidak.
* Individu terbabit berada dalam keadaan resah, cemas, tertekan dan merasa tidak selesa dengan keadaan ini.
* Sedar dan apa yang berlaku sebenarnya bukan sesuatu yang sengaja dibaut-buat tetapi datang dari luar ‘ego alien’ pada dirinya.
* Individu tersebut tahu bahawa idea atau bayangan yang hadir dalam dirinya itu adalah karut, tidak logic dan tidak sepatutnya berlaku.
* Melawan dan menahan idea yang datang dan menyebabkan dirinya menjadi resah.

Pemikiran atau bayangan ruminasi obsesional ini boleh dibahagikan kepada sama ada:-

* Was-was
* Kebersihan
* Melakukan sesuatu secara perlahan-lahan (slowness)

Biasanya disusuli dengan tindakan kompulsif atau perbuatan yang dilakukan berulang kali. Individu yang mempunyai kesemua ciri-ciri ini biasanya cepat marah, mudah tersinggung di mana fungsi sosial mereka menjadi tidak terurus.

Malah, tumpuan fikiran mereka juga sering terganggu mengakibatkan hubungan sosial dengan orang lain dan keluarga sering menimbulkan masalah.

Boleh berubah atau boleh sembuh ke OCD ni?

Inn shaa Allah, ada jalannya

 Terapi melalui Pendekatan psikologi

Pendekatan psikologi yang merangkumi psikoterapi kognitif dan psikoterapi tingkahlaku:-

 Psikoterapi kognitif – pesakit akan dibantu mengatasi masalah ini melalui cadangan dan perbincangan berdasarkan pemikiran yang rasional.

 Psikoterapi tingkah laku – Tetapi ini lebih bercorak kepada pendedahan dan tindakan pencegahan yang berperingkat-peringkat.

Bagaimanapun, sembuh atau tidak seseorang pesakit bergantung kepada;

⏺️️keseriusan masalah yang dihadapi.
⏺️Kerjasama dan patutnya terhadap rawatan yang diberi.
⏺️Sokongan individu yang hampir seperti ahli keluarga, rakan-rakan atau teman.
⏺️Tempoh mengidap penyakit tersebut.
⏺️Pesakit juga perlu dibantu mengatasi masalah yang mereka hadapi sama ada masalah kewangan, perkahwinan, hubungan social atau sebagainya.


Sumber : Malaysia Mental Health Association (MMHA)

3 ulasan

  1. Kalau mendapat rawatan dengan intensif insyaAllah mungkin boleh pulih.

    BalasPadam
  2. Sakit jugak kalau dapat penyakit OCD ni. Sakit dari segi mental dan jiwa. Rasa tak tenang. Auni pra-OCD je. Pegang sesuatu je nak basuh tangan. Tak boleh tengok benda tak kemas, rasa rimas. Gitu-gitu je la, ada yang lebih teruk. Perfectionist. ^_^

    BalasPadam
  3. Oo.. istilah paling senang terlalu pembersih kot kan

    BalasPadam