Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Cara Kekal Aktif Ketika Perintah Berkurung COVID - 19

Walaupun tinggal di dalam rumah, rakyat Malaysia disarankan untuk kekal aktif, sama ada melalui senaman atau aktiviti fizikal.

Pada masa kini terdapat pelbagai senaman di rumah yang boleh
dilakukan, contohnya:

1. Senaman yang berbentuk kardio bagi yang mempunyai basikal senaman atau treadmill di rumah.

2. Senaman yang menggunakan berat badan sendiri, seperti
push-ups, squats, planks, burpees dan lounges (yang menggunakan pelbagai otot tanpa memerlukan peralatan khusus), senaman Tabata dan senaman ringan seperti yoga atau tai chi.

Rakyat Malaysia juga boleh kekal aktif dengan melakukan pelbagai bentuk tarian dan mengambil peluang untuk melakukan spring
cleaning di dalam rumah.

Kajian menunjukkan bahawa senaman dan aktiviti fizikal penting untuk mengekalkan kesihatan mental dengan meningkatkan mood dan melegakan kebimbangan dan keresahan. Ia membantu mengasah minda, meningkatkan kekuatan otot dan kekuatan aerobik.





2 ulasan