Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

COVID - 19 | Corona Virus Disease 2019

COVID-19

CO-CORONA
VI-VIRUS
D-DISEASE
19-2019

Masuk melalui :
Hidung, mulut & mata.

Ubat : Tidak ada.

Cara tanggani : Kuarantin, kerana virus akan mati dengan sendiri selepas 14hari kalau tak jumpa tuan rumah baru.

Kerajaan : Kawalan pergerakan.

Rakyat : Degil Nokharom.


Take Note : Tengah scroll twitter tadi, jumpa plak tweet berkenaan Covid-19. Tetiba terlintas dalam kepala, hurmmm... spesis manusia degil, tak dengar kata, pentingkan diri sendiri!

Kekdng sis sendiri pun tak faham dengan spesis tak dengar kata ni. Takde kesedaran sivik langsung eh, bukan payah pun apa yang diminta tu. Duduk di rumah diam diam. Jangan keluar rumah. Faham ke idok?? Tak payahlah kau nak gedik balik kampung. Sesak atas jalan, sesak atas highway. Duduk je rumah kau tu.

Perkara serius sebegini rupa tapi kau pandang rendah. Fikirlah leklok wehhh, benda serius. Tak kena pada sedara mara kau memanglah kau boleh bersuka ria lagi. Bolehlah kau ke hulu ke hilir lagi tanpa ambil cakna arahan pihak yang berwajib tu.

Pernah tak kau bayangkan kalau kau yang kena wabak tu. Pernah tak kau bayangkan kalau sedara mara kau yang kena wabak tu. Agak agaknya apa tindakan korang ye? Apa yang akan korang lakukan. Bayangkan kalau koranglah penyebab sedara mara korang terkena wabak tu. Bayangkan seketika...

Sama sama kita beringat sebelum terkena gaisss. Semoga wabak ni cepat hilang. Semoga kita semua dilindungi dari wabak ni.




Tiada ulasan