Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

COVID-19 | Kriteria Kontak Rapat Covid-19

Sekiranya seorang individu di kesan POSITIF Covid 19, perlukah seluruh kampung menjalani ujian Covid 19?
.
Apabila kes Covid 19 di kesan, PPKP akan menyiasat kes dan mengenal pasti kontak rapat kes untuk siasatan dan pemeriksaan lanjut.

Kriteria kontak rapat ini adalah berdasarkan cara penyebaran virus ini menerusi titisan titisan air.

Covid 19 BUKAN penyakit sebaran udara, oleh itu virus ini tidak akan menjangkiti individu yang berada jauh dari pesakit yang telah dijangkiti.

Ini juga menunjukkan kepentingan jarak sosial lebih dari 1 meter antara satu sama lain, tidak kira anda berada.


Ya ALLAH Engkau angkatlah Wabak Penyakit Berjangkit ini jauh dari Negara & Dunia ini,
Sungguh Kebergantungan kami hanya KepadaMU. Amin Ya Rabbala'lamin

4 ulasan