Good morningggg. Oichhh tetiba bersemangat pulak pagi ni. Kihkihkihhhh...
Dah beberapa hari berkurung dalam rumah. Rasa selesa tapi agak kebosanan. Kaki pun dah rasa sakit sakit sebab banyak duduk dari bergerak. Rumah sis takde kerusi so duduklah bersila, bersimpulBeberapa hari berlalu, tetiba petang semalam rasa sakit sakit dekat bahagian lipatan bawah lutut. Pagi ni rasa sakit tu macam makin sakit pulak. Nak berjalan pun payah. Terpaksa hincit hincit. Nak duduk pun seksa wehhhh, bengkok lutut sikit je dah terasa sakit. Nak bangun dari tempat duduk, perhhhh part ni lagi merana. Kaki terpaksa berlunjur je sementara waktu ni. Pergerakan pun jadi terbatas. Itulah penangan kawalan pergerakan bagi sis buat masa sekarang. Apa pun semoga sakit nin idak berlarutan dan cepat sembuh. Aamin
Okay, dari sisi lain pula. Tetiba sis rasa macam rajin pulak ke dapur skrg. Tapi, masuk je dapur jadi bingung kejap. Nak masak apa eh? Banyak sebenarnya menu dalam kepala sampai tak tahu nak pilih menu mana satu. Setakat ni menu berasakan telur je yang berjaya dihasilkan. Itu paling mudah kot. Almaklumlah, duduk sorang sorang jadi macam.. alahhh malas lah nak masak menu yang rumit2. Main campak campak jer. Hah gitu.. Heheee..
Dalam situasi skrg ni, sis harap semua orang patuhi apa yang pihak berwajib arahkan. Tak perlu nak keras kepala, tak payah nak berdegil, jangan gedik nak acah acah hero tau. Kita permudahkan urusan diaorang, insyaAllah semuanya akan dipermudahkan nanti. Siapa lagi yang boleh tolong kita kalau bukan diri kita sendiri, kan? Jadi, masing masing dah besar. Masing masing ada akal fikiran yang waras. Maka gunalah seelok eloknya. Jangan nak menyusahkan orang lain tauuuu. Eh, sis tak marah pun. Nasihat je tu. Heheeee...
hahaha telur dah habis kat rumah. malas nak topup
BalasPadamHeheee samalah kita. Bekalan telur tinggal 2 3 bijik lagi.
Padamhehe faham sangat part duduk sorang, masuk dapur, buat je apa yang senang xD
BalasPadamBetoi2.
PadamDlm kepala mcm2 benda nak masak. Tapi memikirkan duduk sorang2 so masak je ler menu simple. Mudah dan cepat disediakan. Paling penting, perut kenyang 😁