Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Ganjaran Puasa Ramadhan

Pintu Syurga Dibuka, DItutup Pintu Neraka.

"Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan". (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Diampun Segala Dosanya Yang lalu

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosa yang telah lalu". (Hadith riwayat An-Nasai'e)

Pahala Berlipat Ganda

"Segala amal kebajikananak Adam itu dilipat gandakan pahalanya kepala sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda, Allah berfirman : 'kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku'." (Hadith riwayat Muslim)

Jauh Dari Api Neraka

"Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nascaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanannya) 70 tahun". (Hadith riwayat Al-Bukhari)

Perisai Dari Siksaan

"Puasa iti]u perisai uang dipergunakan seorang hamba untuk membentangi dirinya dari siksa neraka." (Hadith riwayat Iman Ahmad)

Beroleh 2 Kegembiraan

".. dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan iaitu: apabila berbuka, dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasanya". (Hadith rawayat Al-Bukhari dan Muslim)

Doa Sangat Mustajab

"Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan oranf yang musafir". (Hadith riwayat Al-Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi)

Masuk Dalam Syurga

"Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan: pada hari Kiamat orang orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorang pun selain mereka memasukinya..". (Hadith riwayat Al-Bukhari)



Take note : Banyaknya ganjaran puasa di bulan Ramadhan. Lakukan amalan kebaikan, rebutlah segala pahala dan ganjaran yang ditawarkan sepanjang bulan mulia ini. Semoga ramadhan tahun ini kita lalui dengan penuh keberkatan dan keredhaaan dariNya. 


2 ulasan