Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Mengapa harus bersedih


Mengapa harus bersedih ?

Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala. Kalau kita ukur banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang telah Allah beri pada kita.

 Firman Allah:
" Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya."(Ibrahim 14:34)
Apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia Nya. Mengapa harus berdukacita? Mengapa harus sedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain..tidak mustahil!

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.
Firman Allah : 
" Jangan takut, jangan berdukacita." (Al- 'Ankabut 29:33) 
Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi orang yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.

Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.

Tiada ulasan