Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Punca Trichotillomania @ Tabiat Menarik Rambut



Dalam kebanyakan kes adalah terjadi kepada kaum wanita.
Pernah atau tidak anda mengalami masalah tabiat suka tarik cabut rambut? Sedang duduk bersendirian, tangan tidak boleh diam asyik menarik rambut. Sedar sedar sampai botak di bahagian kerap ditarik. Lantai sekitar berselerak dengan helaian rambut. Tabiat ini seolah-olah menjadi satu hobi!

 Tahukah anda tabiat ini sebenarnya boleh dikategorikan satu penyakit atau simptom yang di panggil trichotillomania. Sebutan ‘trik-oh-till-oh-MAY-nee-uh’

Sebenarnya tiada bukti saintifik pernah ditemui mengatakan tabiat tarik cabut rambut ini boleh diubati. Tetapi kalau anda dapat belajar bagaimana untuk mengurus tekanan (stress management) adalah cara terbaik untuk menghentikan tabiat buruk ini kerana tekanan hidup adalah punca utama trichotillomania.

Tip mengelak tabiat ini.

1. Tanam azam, untuk berhenti menarik danmencabut rambut.
2. Pakai scarf, topi, atau apa-apa yang menutup kepala dan rambut anda.
3. Sibukkan diri anda dengan melakukan sesuatu kerja supaya anda terlupa untuk tarik rambut.
4. Tampal nota-nota di bilik atau tempat anda suka duduk dan secara automotik tangan akan tarik cabut rambut. Bolehlah tulis ayat ayat seperti ‘Jangan Tarik Rambut!’ ‘Kau Nak Kepala Botak Ke?’ (yang boleh menakutkan anda)
5. Minta keluarga, kawan-kawan menegur dan marah sekiranya anda tarik rambut.

Apa Itu Trichotillomania? Tabiat membabitkan menarik bulu mata/bulu kening secara berulang juga termasuk penyakit trichotillomania, dipercayai disebabkan oleh gangguan kawalan impuls. Mereka tahu tabiat ini boleh merosak atau mencacatkan rupa, tetapi tetap tidak boleh berhenti daripada melakukannya.

Kenapa Tarik Rambut?
1. Mengelakkan tekanan atau stress.
2. Rasa lega, gembira dan puas hati selepasbertindak tarik cabut rambut.
3. Elakkan rasa sedih atau lupakan masalahkerja atau kehidupan.

Punca sebenar Trichotillomania tidak diketahui. Ia mungkin berkaitan dengan keabnormalan dalam laluan otak yang menghubungkan kawasan yang terbabit dalam peraturan emosi, pergerakan, pembentukan tabiat, dan kawalan impuls.

Jaga rambut anda sebaiknya dan buang tabiat tarik rambut.

Tiada ulasan