Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Suntikan Vaksin HPV - FREE !!



Remaja perempuan yang lahir antara tahun 1990 hingga 1996 diminta mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan suntikan vaksin HPV.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata suntikan ini adalah penting bagi mencegah kanser pangkal rahim.

“Terdapat segelintir daripada remaja perempuan yang lahir pada tahun 1990 hingga 1996 terlepas daripada suntikan HPV ketika di bangku sekolah.

“Atas sebab itu, kementerian menyasarkan untuk mendapatkan nama-nama mereka yang tercicir ini untuk membolehkan mereka mendapatkan suntikan ini,” katanya pada Program Suara Anda Tanggungjawab Utama (SATU) di sini baru-baru ini

Tambah Rohani, bagi membolehkan kementerian mendapatkan nama-nama tercicir ini pendaftaran boleh dibuat menerusi JKM atau mana-mana jabatan di bawah kementerian.

Untuk makluman katanya, kos bagi mendapatkan suntikan ini adalah mahal iaitu kira-kira RM600 dan ini adalah peluang untuk mereka mendapatkan suntikan ini secara percuma daripada kementerian.

Tiga dos diperlukan untuk suntikan ini, satu dos pertama, dos kedua sebulan selepas yang pertama dan dos ketiga selepas enam bulan suntikan kedua.

Selain suntikan HPV, kementerian menggalakkan golongan wanita yang telah berkahwin melakukan pemeriksaan pap smear dan memogram bagi mengesan kanser payu dara.

Pemeriksaan pap smear dan memogram boleh dibuat dengan mendaftar di LPPKN atau melalui klinik-klinik bergerak yang menyediakan perkhidmatan LPPKN.

Kementerian katanya, me-nyediakan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi tujuan ini untuk membantu golongan wa-nita di seluruh negara termasuk program suntikan HPV.

sumber
#utusan borneo
#menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
#LPPKN

1 ulasan