16 Jun 2017

Kelebihan Gerakan Solat Untuk Kesihatan Diri



Solat tidaklah hanya menjadi amalan utama di akhirat nanti, tetapi gerakan-gerakan solat paling terbaik bagi tubuh badan manusia. Bahkan dari sudut kesihatan, solat adalah gudang ubat dari pelbagai jenis penyakit. Ibadat solat merupakan ibadat yang paling baik untuk metabolism dan tekstur tubuh badan manusia. Gerakan-gerakan di dalam solat mempunyai kelebihan masing-masing.

Takbiratul Ihram.

Berdiri tegak, mengangkat kedua tangan sejajar dengan telinga, lalu melipatnya di depan perut atau di bawah bahagian dada. Gerakan ini bermanfaat untuk melancarkan aliran darah, limfa dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh badan. Ketika mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah yang kaya dengan oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua tangan didakapkan di depan perut atau di bahagian bawah dada. Sikap ini menghindarkan dari pelbagai sakit sendi, khususnya pada bahagian atas badan.


Rukuk

Rukuk yang sempurna ditampung oleh tulang belakang yang lurus sehingga apabila diletakkan segelas air di atas tulang belakang tersebut tidak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan tulang belakang. Gerakan ini bermanfaat untuk menjaga kesempurnaan posisi serta fungsi tulang belakang sebagai penyangga badan dan pusat saraf. Posisi jantung selari dengan otak, maka aliran darah maksima pada bahagian tengah badan. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi untuk meregangkan otot-otot bahu sehinggan ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan bagi kemih sehingga gangguan prostate dapat dicegah.

Iktidal

Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah mengangkat kedua tangan setinggi telinga. Iktidal merupakan variasi dari postur setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerakan ini bermanfaat sebagai latihan yang baik bagi organ-organ percernaan. Ketika iktidal dilakukan, organ-organ pencernaan di dalam perut mengalami pelonggaran secara bersilih-ganti. Ia memberi kesan bagi melancarkan pencernaan.

Sujud
Menonggeng dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki dan dahi pada lantai. Posisi sujud berguna untuk memompa getah bening ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah beroksigen akan mengalir ke otak. Aliran ini mempengaruhi pada daya pemikiran seseorang. Oleh kerana itu, sebaiknya melakukan sujud dengan tuma’ninah, tidak tergesa-gesa agar darah yang mencukupi berada di otak. Posisi seperti ini mengelakkan seseorang dari gangguan wasir. Khusus bagi perempuan, baik rukuk mahupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.

Duduk antara dua sujud

Sambungan.....

Duduk antara dua sujud

Duduk setelah sujud terdiri dari dua jenis iaitu tahiyat awal dan tahiyat akhir. Perbezaannya terletak pada posisi tapak kaki. Ketika tahiyat awal, badan tertumpu pada pangkal peha yang berhubung dengan saraf nervus Ischiadius. Posisi ini mampu menghindarkan nyeri pada pangkal paha yang sering menyebabkan hamstring. Duduk tahiyat akhir sangat baik bagi lelaki kerana tumit menekan aliran kandungan uretra, kelenjar prostate dan saluran vas deferens. Jika dilakukan dengan betul, posisi seperti ini mampu mencegah impotensi. Kedudukan tapak kaki pada tahiyat awal dan akhir menyebabkan seluruh otot tunjang turut meregang dan kemudian rehat (relaks) kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ pergerakan badan.


Salam

Gerakan memusing kepala ke kanan dan ke kiri secara maksima. Salam bermanfaat untuk merehatkan otot sekitar leher dan kepala serta menyempurnakan aliran darah di kepala sehingga mencegah sakit kepala serta menjaga keanjalan kulit muka.

Sumber : Info solat

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

0 Pengkritik: