Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tetamu membawa berkat


Ada seorang lelaki yang senang kedatangan tetamu. Namun isterinya menunjukkan sikap sebaliknya. Setiap kali ia membawa tetamu ke rumah, isterinya menunjukkan sikap yang tidak baik. Orang itu mengeluhkan keadaan ini kepada Rasulullah saw. Mendengar itu,

Rasulullah saw bersabda,

"Katakan kepada isterimu, hari ini Rasulullah saw dan beberapa orang sahabatnya akan
bertamu ke rumah kita."

Rasulullah saw berpesan kepada orang itu,

"Katakan kepada isterimu supaya ia memerhatikan tetamu pada saat keluar rumah."

Isteri lelaki itu melakukan apa yang diperintahkan Rasulullah saw. Pada saat tetamu masuk, ia melihat mereka membawa daging dan buah-buahan yang banyak dan pada saat keluar mereka membawa keluar ular dan kala jengking yang begitu banyak.

Rasulullah saw bersabda,

"Kedatangan tetamu ke rumah mendatangkan kurnia yang banyak ke dalam rumah dan pada saat pergi, mereka membawa keluar berbagai bencana."

Dengan menyaksikan hal itu, wanita itu pun berubah menjadi orang yang suka menerima ettamu.

Rasulullah saw bersabda,

"Sesungguhnya seorang tetamu yang datang mengunjungi seseorang, membawa rezeki untuk orang tersebut dari langit, Apabila ia memakan sesuatu, Allah SWT akan mengampuni penghuni rumah yang dikunjungi tersebut."

Imam Ali bin Musa ar-Redha berkata,

"Orang dermawan adalah orang yang memakan makanan orang lain agar orang lain dapat memakan makanannya. Adapun orang kikir adalah orang yang tidak memakan makanan orang lain agar orang tersebut tidak memakan makanannya."

Rasulullah saw bersabda,

"Suatu majlis ( pertemuan ) tidak akan terasa sempit dengan adanya orang-orang yang saling mencintai di dalamnya."

Dalam kesempatan lain, Rasulullah saw bersabda,

"Setiap rumah yang tidak dikunjungi tamu, maka malaikat pun tidak akan mengunjungi rumah tersebut."

Imam Jaafar ash-Sadiq berkata,

" Barangsiapa mengunjungi sahabatnya semata-mata kerana Allah, nescaya Allah SWT mengutus 70 ribu malaikat untuk menyertainya. "

Para malaikat itu berkata,

''Syurga untuk kamu." ( Mizan al Hikmah )


💫Sesungguhnya beruntunglah rumah-rumah yang sering kedatangan tetamu, maka itu janganlah mengeluh jika ada orang yang ingin bertamu.

10 ulasan

  1. tetamu tu bawak rezeki dan pulangnya mmbawa apa yg x baik untuk kita

    BalasPadam
  2. betul2..kadang2 bila tetamu mai rumah ni dia bawak anak2 dia kan..pernah dengaq ada orang2 agama bagitaw budak2 tu la sebenarnya punca turunnya rahmat di satu2 tempat..dalam konteks budak di rumah tu wallahu'alam..sebab tu kalau bawak budak2 pi masjid jangan marah2 depa..sebaliknya awasi dia.. ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekadar perkongsian bersama. Mana yang baik jadikan panduan dan mana yang tidak tu bersamalah kita jadikan pedoman ye :)

      Padam
  3. Selamat melayan tetamu & Selamat Hari Raya buat tuan blog ya :)

    BalasPadam
  4. perkongsian yg baik.. antara yg kita selalu terlepas pandang pasal meraikan tetamu ni selalunya masa kenduri kahwin.. pengantin n tuan rumah makan special2, tetamu makan biasa. bukankah kita kena meraikan dan memuliakan tetamu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah. kekadang terfikir jugak tapi entah.. macam tak berkesudahan pulak ape yg difikirkan tu :)

      Padam