01 Julai 2015

Ramadhan | Pengalaman yang tak mampu aku lupakan Part 1

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Aku masih diberi peluang dan ruang untuk merasai nikmat Ramadhan untuk kali ini. Semoga tahun depan dan seterusnya, aku masih diberi kesempatan untuk melaluinya lagi. InsyaAllah. 

Bagi aku Ramadhan tahu ni ada kemanisan yang tersendiri untuk aku dan keluarga. Apakah? sebab Ramadhan tahun ni kami menyambutnya bersama-sama. Alhamdulillah. 

Untuk pengetahuaan korang, tahun lepas aku dan family lebih banyak menghabiskan bulan Ramadhan di hospital. Apa yang aku rasai time tu hanya Allah yang tahu. Sungguh kadang kala hati ni merasai keletihan tapi tatkala aku melihat wajah mak, ayah dan adikadik.. aku cuba untuk kuatkan semangat aku. Terdetik dihati, kalau aku lemah, mak dan ayah apatah lagi. Kalau aku lemah, siapa lagi yang mampu untuk diharapkan. Abang aku? Oich.. kebetulan time tu dia masih di Sarawak kowt. Lagipun ayah sendiri dah pesan awal-awal, jangan bagitahu abang apa yang berlaku sebab tak nak susahkan dia. Jauh kowt dia nak balik ke Semenanjung. Seakan banyak faktor yang menghalang. Hurmmm.. itulah ayah. Sebolehnya semuanya nak dihadapi sendiri. Tak nak susahkan anak-anak. Aku pun kebetulan waktu tu dah habis study, kalau tidak tak tahulah. Apapun, alhamdulillah apa yang berlaku ada hikmahnya.

Ramadhan tahun lepas, bagi aku begitu besar ujian dan dugaan buat aku sekeluarga. Sungguh, kami sendiri tak pernah bayangkan akan melaluinya. Bagi aku hospital bagaikan rumah kedua. Disitulah aku berpuasa, disitulah aku berbuka, disitulah aku mandi dan disitulah juga aku tidur. 

Hari ni tanggal 14 Ramadhan, seakan peristiwa lepas kembali dikenang. Masih segar di ingatan, 14 Ramadhan pada tahun lepas, adik aku excident. Sebulan lebih di hospital, hampir 15 hari di icu. g Alhamdulillah, umur adik kesayangan aku tu masih panjang. Bagaikan diberi peluang kedua untuk menjalani hidup ini. 

Pengalaman yang tak dapat aku lupakan ketika menjaganya di hospital. Ketika dia di icu, hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa. Saban hari, akulah yang menjaganya. Saban hari menunggu detik untuk masuk melawatnya. Melihat wayar berselirat, melihat darah dan air mengalir, mendengar bunyi mesin, menunggu detik dia sedar dari koma, semua tu seakan satu mimpi ngeri pada aku. Hampir 15 hari dia di icu, terlalu banyak benda yang aku alami. Alhamdulillah, Allah menguatkan hati aku untuk terus berbakti pada keluarga. Bagi aku tak kisahlah apa pun nak jadi tapi biarlah aku yang menjaga dia. Daripada aku duduk rumah tapi teringatkan di hospital, lebih baik aku terus menjaga dia di hospital. Lagipun siapa lagi yang dapat diharapkan selain aku.

Mak? Kalau mak yang menjaga dia di hospital, habis yang dekat rumah macam mana. Ayah? Ayah dah letih dengan kerja kowt. Lagipun ayah pun tak berapa sihat. Aku tak nak nanti dgn ayah sekali turut jatuh sakit kowt. Bagi aku, biarlah aku yang korbankan masa dan tenaga demi keluarga.

- BERSAMBUNG -



5 ulasan:

  1. Alhamdulillah, semoga Ramadhan tahun ni memberi banyak kebaikan dan bermakna buat awak :)

    BalasPadam
  2. Jalan-jalan blogwalking kat sini. Terharu dan sedih baca kisah nie.
    Semoga kejadian ini tidak berulang kembali pada tahun ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamin. Semoga untuk tahun nie dan seterusnya sentiasa berbahagia.. )

      Padam
  3. semoga Ramadhan kali ni jadi yang bermakna untuk kita semua yer... Alhamdulillah adik dah tak apa2...

    BalasPadam