Memancing bukanlah satu hobi yang asing bagi Napi. Seawal umur tujuh tahun, Napi sudah mula memancing bersama rakan-rakan sebayanya. Lokasi yang mereka pilih biasanya sungai kecil di belakang rumah, terusan sawah atau lombong terbiar.
Joran yang dipakai mereka biasanya buluh kecil yang panjang melentur atau pelepah sawit yang diraut kemas. Ikan yang ditangkap mereka juga merupakan spesis biasa bagi ikan sungai seperti sepat, keli, haruan, puyu atau sesekali apabila bernasib baik, dapatlah ikan belida atau udang sungai yang beratnya setakat 100gram.
Namun itu semua sudah cukup menggemmbirakan mereka, anak-anak kampung yang masih belum lagi pandai menonton televisyen atau bermain ‘games’ pada telefon bimbit yang pintar seperti budak zaman sekarang. Kalau tidak memancing, mereka akan memanjat pokok buah-buahan atau pergi melastik burung punai yang banyak ketika musim menuai tiba.
Napi masih lagi terkenang pada satu kejadian aneh yang berlaku ketika dia, Mie, Faizal dan Zamree pergi memancing di sebuah ‘bonda’ (panggilan pada terusan kecil yang mengairi kawasan sawah. Ia adalah dialek orang Minangkabau di kawasan Kuala Pilah). Mereka pergi memancing sebaik sahaja pulang dari kelas mengaji Tuan Haji Hamdan. Napi rasa waktunya dalam pukul 5.30 petang. Berbekalkan umpan cacing yang dimasukkan ke dalam tin susu yang mereka sediakan sebelum itu, mereka meredah semak belukar untuk mencari port memancing yang sesuai.
Kawasan itu memang sunyi. Hanya terdapat sebatang pokok ara yang tumbuh melangit dengan akarnya yang terjuntai. Nun di kejauhan, terbentang sawah padi sedang menghijau. Kalau diikutkan cerita orang tua-tua terdahulu, kawasan disitu agak keras. Banyak peristiwa pelik dan aneh yang berlaku disitu terutamanya pada waktu senja dan tengah malam.
Namun pada mereka, budak-budak lasak dan nakal yang baru berusia Sembilan tahun, hanya keseronokan yang tergambar di fikiran. Apatah lagi apabila mengenangkan ikan keli masak lemak kuning yang dimasak kuahnya pekat-pekat atau ikan gemuk goring berlada. Itu semua menambahkan lagi semangat mereka untuk meneruskan aktiviti memancing pada petang itu.
Memang rezeki mereka agak murah pada petang itu. Selain port yang strategik, Napi tidak tahu mengapa setiap kali mereka melabuhkan jorang batang buluh dengan berumpankan cacing tanah, ikan-ikan darat seperti keli, sepat dan haruan galak memakan umpan mereka seolah-olah tidak memilih bulu. Setiap 2, 3 minit pasti mereka akan menaikkan ikan yang agak besar. Ini membuatkan semangat mereka bertambah membara sehingga mereka berempat seakan-akan berlumba untuk menaikkan ikan terbanyak.
Dalam keasyikan memancing itu, Napi dan kawan-kawan seakan terleka dengan perubahan cuaca yang berlaku. Hari sedah remang senja. Kawasan sekitar mula diterpa dengan kegelapan malam namun keasyikan mereka berempat meneruskan aktiviti memancing tanpa rasa takut atau curiga. Di dalam kepala hanya satu yang mereka fikirkan, mahu memancing seberapa banyak ikan untuk dibawa pulang. Ketika itu baru mereka terpinga-pinga serta saling berpandangan sesama sendiri. Ikan yang ditangkap bagaikan tiada erti apabila mereka dapati di sekitar mereka adalah satu kawasan gelap yan sungguh asing pada pandangan mereka. Ketika itu, Napi rasa bagai mahu menangis. Terkenang akan mak, ayah dan adik-adik di rumah. Napi taka pat mengagak waktu ketika itu. Mungkin pada firasat Napi baru pukul 7.30 malam.
Suara azan berlaung lag. Zamree dan Mie menjerit sekuat hati memanggil ‘Mak’. Napi pula perlahan-lahan membaca surah An Nas bersama ayat Qursi. Napi cuba menenangkan diri dan membaca ayat-ayat itu di dalam hatinya.
Tidak sampai sepuluh minit, kami ternampak suluhan lampu bersimpang siur di hadapan mereka. Rupa-rupanya suluhan lampu-lampu itu datangnya dari sekumpulan pemuda kampung yang datang mencari mereka berempat. Mereka dipeluk dan dicium dalam keadaan mereka terpinga-pinga kehairanan.
Tiba di rumah, barulah Napi tahu kisah sebenar yang berlaku. Apabila mereka tidak pulang ke rumah sehingga jam 7.45 malam, ayah mengambil keputusan untuk memberitahu Tok Empat Kampung tentang hal ni. Apatah lagi bila bapa Mie, Zamree dan Faizal memberitahu perkara yang sama. Operasi mencari bermula pada jam 8.00 malam dan mereka hanya dijumpai pada jam satu pagi!
Sejak hari itu, Napi dan kawan-kawan tidak lagi berani keluar memancing di kawasan ‘bonda’ berkenaan. Napi tidak tahu mengapa dia langsung tidak terasa sudah duduk memancing sambil bertinggung di kawasan itu hampir tujuh jam lamanya. Namun, Napi bersyukur, Napi dan kawan-kawannya selamat.
Walaupun memori itu sudah hampir 15 tahun berlalu, namun ia segar dalam ingatan kerana itulah kali terakhir dia memancing bersama kawan-kawan baiknya di kampung.
Sesungguhnya, benarlah kata orang-orang tua dahulu, selain kita sebagai penghuni dunia, ada lagi makhluk Allah yang berkongsi bumi yang sama, Wallahualam.
Kita berkongsi alam sebebarnya..
BalasPadama'ah kan kak PC (=
PadamT_T seram la..dah la tengah duduk sorang ni..huhu
BalasPadamHahhaaa aty2 adk dyh. mohon jgn pandng belakng..
Padamkrikkk krikkk..