Sesuatu barang itu bernilai bukan terletak pada barang tersebut, tetapi keadaan yang menentukan nilainya.
Sebatang buluh yang hanyut tiada nilai dalam keadaan biasa, namun ia akan lebih mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang yang sedang terkapai kapai kelemasan.
Demikian juga sebotol air minuman, mungkin nilainya hanya satu ringgit dalam keadaan biasa. Tetapi ia akan
mencecah ribuan ringgit di saat sedang dahaga di padang pasir.
Demikianlah juga dengan pahala. Ia tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhirat, yang semua benda tidak bernilai melainkan hanya pahala.
Oleh kerana semua kita sedang menuju ke sana, maka kutiplah apa saja amalan yang menjadi bekalan pahala, walau sekadar manis muka pada saudaramu.
Take note : Alhamdulillah, pagi ni aku sempat dan berpeluang lagi untuk update satu entri. Kalau diikutkan sememangnya kekangan masa memang tidak pernah lari dari manusia. Tapi kita sebagai manusia seharusnya mencari masa dan cuba sedayanya membahaginya. Kenapa perlu masa yang mengawal kita. Sepatutnya kita yang mengawal masa. Oklah, aku pun taknak merapu lebih. Sekali imbas tengok jam pun dah hampir pukul 7:00 AM. Jadi, sebelum aku kalut diatas kelewatan ke kelas, better aku bersiap sekarang. Apapun, semoga apa yang aku kongsikan diatas dapat difikir dan direnungkan sejenak oleh kita. Wassalam.
Betul tu :) Setuju sangat...mari kita sama2 kumpul pahala.. sebab ia penentu segalanya buat kita kelak di akhirat :)
BalasPadamKejupenyet :) jemput join mini GA Cik Mimie ye :) http://norshamimi.blogspot.com/2015/07/topup-mini-giveaway-by-cik-mimie.html
PadamThanks cik mimie jemput kita.. yeyehh dah join..
PadamTidak salah di dunia berasa sedikit susah kerana melawan nafsu yang ada sedangkan di akhirat kelak kita boleh bersuka ria..
BalasPadamsokong kak.. :)
Padam