Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Resepi Bubur Kacang Hijau Musim Covid 19

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ni memasuki hari ke 14. Sepatutnya hari ni merupakan hari terakhir PKP, tapi disebabkan keadaan masih lagi tidak pulih sepenuhnya, pihak yang berkenaan terpaksa tambah lagi 14hari. Fuhhhh bertambah lagi wehhhh!!

Bermula dari 18 March sehingga 31 March 2020, rasanya hampir separuh kewarasan akal aku tidak berfungsi. Heheee bukan setiap hari macam tu, ada hari hari tertentu je. Bosan siakkkk! Mati akal berkurung dalam rumah. Bercakap dengan dinding sorang sorang. Dugaan..

Okay, abaikan segala apa yang aku merapu ni. Meh sini dengar sis nak kabo. Hari ni sis masak bubur kacang hijauuuuuuu. Sedap wehh! Tak tipu, mmg sedap. Heheheee..

Aku masak agak banyak, hampir seperiuk besar. Niat dihati nak makan sikit lepas tu nak jadikan bubur kacang hijau tu sebagai aiskrim 1Malayisa. Nanti bila dah beku, aku nak bagi pada jiran jiran dekat sini. Saja je.. nak bersedekah sambil eratkan hubungan kejiranan gitchu 😁

Tadaaaa.. Ni lah hasil setelah aku bersilat dekat dapur. Penat wehhh tapi aku puas hati. Aku suka.. aku suka.. 

Resepi Bubur Kacang Hijau versi CikAin
🌸 Kacang Hijau
🌸 Gula Melaka a.k.a nesam
🌸 Santan
🌸 Daun Pandan
🌸 Sedikit gula & garam

Cara masak Bubur Kacang Hijau Versi CikAin
🌸 Kacang hijau tu rendam dulu dalam 3-4 jam supaya lembut. Wehh lama sangat nak rendam, so aku guna rice cooker. Rebus kacang hijau dalam rice cooker sampai lembut.
🌸Gula melaka tu kau ricik bagi kecil. Nanti mudah dan cepat sikit larut.
🌸 Daun pandan tu kau simpul buat simpulan kasih sayang. Heheheee...
🌸 Okay, masukkan santan, daun pandan dan gula melaka ke dalam periuk. Pastu kacau sampai sebati. Pastikan gula melaka tu larut sebetul betulnya tauuu. Kasi dyorng berkawan leklok dlm kuali tu. Hehehee..
🌸 Agak agak dah sebati, mendidih dan pekat, terus masukkan kacang hijau yang dah direbus menggunakan rice cooker tadi. 
🌸 Kacau jangan tak kacau. Kacau sampai pekat sikit dan sebati.
🌸 Garam dan gula tu korang boeh masukkan sikit supaya bubur kacang hijau tu rasa lemak lemak manis.
🌸 Siap!





COVID-19 | Cara Kekalkan Kesejahteraan Mental Sepanjang Tempoh PKP


Ayuh kita amalkan kesejahteraan mental di waktu sukar ini. Amalkan pemikiran yang positif, sejahtera dan sihat untuk kita semua. Kesejahteraan mental kunci kebahagiaan

COVID-19 | Aktiviti Faedah Yang Boleh Dilakukan Di Rumah Bersama Keluarga


Suami Isteri kat rumah tu, sambil-sambil tengok TV boleh ajak pasangan bersenam bersama. 

Makin hari makin sayang.

BPN | Soalan Lazim Bagi Bantuan Prihatin Nasional 2020 Bagi Golongan B40 & M40 Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat



BPN | Bantuan Prihatin Nasional


Pencarian Bloglist 2020 by MK


Selamat bersegmen gasi :)

COVID-19 | Penyertaan Sebagai Sukarelawan Bagi Mengendalikan Kes Covid19 di Fasiliti KKM

PENYERTAAN SEBAGAI SUKARELAWAN BAGI PENGENDALIAN KES COVID 19 DI FASILITI KKM

Mesej untuk mendapatkan khidmat sukarelawan ini dipanjangkan kepada anggota Kesihatan dan Perubatan swasta seperti Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan dan lain-lain, yang ingin membantu KKM dalam menangani wabak Covid-19 dalam pelbagai skop perkhidmatan dan pelbagai cara mengikut bidang atau kemahiran anggota kes berkenaan.

Khidmat sukarelawan amat diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan di bawah:

1. Menjalankan saringan demam di Fasiliti Kesihatan Awam (Public Health Facilities) seperti di Klinik Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah, KLIA dan sebagainya.
 atau
2. Menjalankan tugas-tugas di hospital yang terlibat dengan pengendalian kes:
a) Bukan COVID 19 di Wad dan Jabatan Medikal,Ortopedik,Surgical, dan lain-lain akibat kesesakan pesakit COVID 19 di Hospital COVID
b)  COVID-19  bagi pakar /pegawai yang berpengalaman tertakluk kepada keperluan semasa

Kepada mereka yang ingin berbakti sebagai sukarelawan di fasiliti kesihatan awam seperti di klinik kesihatan, pejabat kesihatan daerah, KLIA dan sebagainya, sila lengkapkan google form di bawah:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdnO5pPnHNCFlQ9QnaNk224JI0nZBcvNh4wKasLFpxfbAsMKQ/viewform?usp=pp_url 

Kepada yang ingin berbakti sebagai sukarelawan di hospital KKM, sila lengkapkan google form di bawah ini:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScTmWCBfjKeKK8pLHU26HAsZPn3pIbs8LzXESb9Jx7gKyxJLg/viewform?usp=sf_link



Mereka yang sedang berkhidmat sama ada di sektor awam mahupun swasta, kebenaran Ketua Jabatan atau majikan hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

Syarat-syarat menyertai khidmat sukarelawan ini adalah:
1) Berdaftar dengan badan profesional yang mengawal selia amalan pemohon; (bagi yang berkaitan)
2) Sihat tubuh badan & tidak mempunyai masalah kesihatan yang tidak terkawal.
3) Sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan.
4) Tiada sejarah melawat ke negara/lokasi wabak COVID-19 atau menjadi kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dalam jangkamasa 14 hari sebelum bertugas.

Sekian, terima kasih.

NATIONAL CRISIS PREPAREDNESS RESPONSE CENTER, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
24 Mac 2020

Sumber : Telegram Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Tiada Bazar Ramadhan di Negeri Terengganu Dan Negeri Sembilan Pada Tahun Ini, 2020

*KENYATAAN MEDIA BERKAITAN BAZAR RAMADHAN*

Kerajaan Negeri Terengganu memandang serius akan masalah Covid-19 yang sedang melanda negeri dan negara kita ketika ini.

Kerajaan Negeri juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas komitmen tinggi rakyat negeri ini yang berjaya melepasi paras 95 peratus kepatuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan Persekutuan sejak 18 Mac lalu dan berharap komitmen rakyat ini akan berterusan hingga ke akhirnya.

Memandangkan PKP telah dilanjutkan lagi sehingga 14 April depan, iaitu 10 hari sebelum Awal Ramadhan, dan mengambilkira suasana tidak menentu ketika ini, Kerajaan Negeri telah mengkaji kesesuaian pelaksanaan Bazar Ramadhan tahun ini.

Ini disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar dan akan memberi kesan kepada kebarangkalian untuk berlaku penularan semula Virus Covid-19 sekaligus merencatkan usaha kerajaan untuk membasmi wabak ini sepenuhnya.

Bagi mencapai hasrat pembasmian wabak ini secara total, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini MEMBATALKAN penganjuran Bazar Ramadhan tahun ini berasaskan kepada klasifikasi Bazar Ramadhan yang tidak termasuk dalam kategori 'essential services'. Perkara berkaitan pembatalan ini juga telah DIPERSETUJUI dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Terengganu Bagi Menangani Covid-19 Bil. 3/2020 pada 29 Mac 2020 dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu.

Kerajaan Negeri juga menyarankan kepada para peniaga Bazar Ramadhan untuk membuat persediaan akibat pembatalan ini dengan mempertimbangkan alternatif-alternatif lain seperti berikut:-

i) mengusahakan pemasaran perniagaan secara dalam talian (online);

ii) perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk sebarang bentuk produk termasuk makanan;

iii) menggunakan platform seperti Grab Food, Food Panda atau yang seumpama dengannya; atau

iv) apa saja alternatif lain yang difikirkan sesuai.

Kerajaan Negeri telah pun memperhalusi perkara ini dengan sebaiknya dan pembatalan ini dibuat setelah mengambilkira kemaslahatan kesihatan serta nyawa semua pihak.

Untuk rekod, Negeri Sembilan telah pun memutuskan untuk membatalkan penganjuran Bazar Ramadhan di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri tersebut sebagaimana pengumuman oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan pada 26 Mac baru-baru ini.

Semoga kita semua dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi ujian ini.

Marilah sama-sama kita berdoa agar negeri serta negara kita akan pulih sepenuhnya daripada Virus Covid-19 ini.

Kepada Allah kita berserah.

Salam hormat.

'TERENGGANU MAJU, BERKAT, SEJAHTERA'

*Y.B. DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK*
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu
30 MAC 2020


COVID-19 | Penggunaan Daun Semambu (Neem) Bagi Wabak COVID-19

Kebelakangan ini tular kononnya Daun Semambu (Neem) boleh merawat COVID-19.

Baca fakta ini untuk penjelasan.


COVID-19 | Pesanan Kepada Penjawat Awam

Pesanan kepada Penjawat Awam.


Dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan berkaitan COVID-19, tuan/puan dilarang menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih dan tidak tepat kepada umum melalui pelbagai saluran media.

Segmen Bloglist 2020 Cida


Segmen Bloglist 2020 Cida



Segmen Bloglist 2020 Cida


Semoga berjaya gais :)

COVID-19 | Kriteria Kontak Rapat Covid-19

Sekiranya seorang individu di kesan POSITIF Covid 19, perlukah seluruh kampung menjalani ujian Covid 19?
.
Apabila kes Covid 19 di kesan, PPKP akan menyiasat kes dan mengenal pasti kontak rapat kes untuk siasatan dan pemeriksaan lanjut.

Kriteria kontak rapat ini adalah berdasarkan cara penyebaran virus ini menerusi titisan titisan air.

Covid 19 BUKAN penyakit sebaran udara, oleh itu virus ini tidak akan menjangkiti individu yang berada jauh dari pesakit yang telah dijangkiti.

Ini juga menunjukkan kepentingan jarak sosial lebih dari 1 meter antara satu sama lain, tidak kira anda berada.


Ya ALLAH Engkau angkatlah Wabak Penyakit Berjangkit ini jauh dari Negara & Dunia ini,
Sungguh Kebergantungan kami hanya KepadaMU. Amin Ya Rabbala'lamin

COVID-19 | Bersama Tangani Wabak Covid-19



COVID-19 | Apa Yang Boleh Dilakukan di Rumah


Lamanya cutii. Arghhhh bosanyaaaa. Yaaaa sis tahu kornag sedang bosan. Waktu mula mula cuti haritu memang teruja. Tapi sekarang dah mati akal sebab terlalu lama berada dalam rukan, kan. Bertabahlah gaissaa..

Sebenarnya banyak benda yang kita boleh buat selain dari makan, tidur, berak, mandi, layan movie, blaaa.. blaa.. bla semua tu.

Kemas rumah. Waktu macam ni lah koramg boleh kemas rumah. Boleh guna konsep 5S. Kemas leklok. Barang yang dah rosak tu buang jer lah. Yang elok lagi simpan baik baik. Kalau rasa tak nak guna/pakai, boleh simpan dalam satu tempat. Nanti keadaan Covid-19 ni dah reza, korang boleh sedekahkan barang yang masih elok tapi taknak digunakan lagi tu.

Dalam waktu macam ni, boleh eratkan hubungan sesama ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat, rakan dan sesiapa saja yang ada disekeliling tika dan saat ini.

Asah skill memasak. Yess! Part ni paling sis suka. Kau ni memanjang masuk dapur angkut segala bagai makanan pastu makan depan tv. Fuhhh nikmat bebenar hidup kau. Cuba ubah sikit pemikiran tu. Inilah masanya untuk korang belajar memasak. Asah skil memasak yang sedia ada. Boleh juga cipta resepi baru atau olah resepi yang sedia ada. Best, kannn! Tapi itulah kekadang malas lagi banyak menguasai diri dari kerajianan. Kekdng alasan tak pandai itu menghalang segala kerja kita. Elehh saje bagi alasan padahal kau malas, kan! Harrr.. harr.. har..

Untuk bebudak sekolah plak, ni lah waktunya korang nak belajar dengan family. Ajak abang, kakak, mak, ayah mentelaah bersama korang. Tanya diaorang pasal matematik ke, pasal sejarah ke, pasal sains ke, tanye je lah pasal pape. Dari situ secara tidak langsung dapat eratkan masa bersama family. Santai santai bergurau senda. 

Tapi itulah, tak semua family mesra alam, kan. Ada juga family yang bercakap apa yang perlu je. Tak mesra sesama adik beradik. Tak bertegur sapa sangat sesama mereka. Kumuplan whastApp family pun hambar je, kan. Tapi takpe, inilah masa untuk korang eratkan silaturahin.

Ya Allah sesungguhnya pada Mu kami berlindung dari wabak Covid19, hentikanlah wabak ini, kau sembuhkan mereka yang dijangkiti Ya Allah.. kami merayu pada Mu. Amin





COVID-19 | Adakah Aku Telah Dijangkiti Virus Corona?

Sekiranya anda tidak sihat, jangan tunggu di rumah dan tertanya tanya ,

“adakah aku telah dijangkiti virus Covid?”

Penyakit lain masih ada, denggi masih lagi, jangan tunggu sehingga parah dan kritikal. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan.

✔️ Tidak perlu datang ramai2
✔️ Jaga kebersihan
✔️ Jangan duduk dan berdiri rapat rapat

* Maklumkan kepada kaunter saringan jika anda mempunyai hubungan dengan individu yang telah disahkan Covid 19



Peneman Di Jalanan

Yang disangkakan kamu sebagai peneman di perjalanan ini, tapi akhirnya kita cumalah sejalan dan bukan searah. Arahku menuju ke timur dan arahmu ke barat. Yang ditemukan di pertengahan jalan, lalu berpisah menuju ke tujuan masing-masing.


COVID - 19 | Corona Virus Disease 2019

COVID-19

CO-CORONA
VI-VIRUS
D-DISEASE
19-2019

Masuk melalui :
Hidung, mulut & mata.

Ubat : Tidak ada.

Cara tanggani : Kuarantin, kerana virus akan mati dengan sendiri selepas 14hari kalau tak jumpa tuan rumah baru.

Kerajaan : Kawalan pergerakan.

Rakyat : Degil Nokharom.


Take Note : Tengah scroll twitter tadi, jumpa plak tweet berkenaan Covid-19. Tetiba terlintas dalam kepala, hurmmm... spesis manusia degil, tak dengar kata, pentingkan diri sendiri!

Kekdng sis sendiri pun tak faham dengan spesis tak dengar kata ni. Takde kesedaran sivik langsung eh, bukan payah pun apa yang diminta tu. Duduk di rumah diam diam. Jangan keluar rumah. Faham ke idok?? Tak payahlah kau nak gedik balik kampung. Sesak atas jalan, sesak atas highway. Duduk je rumah kau tu.

Perkara serius sebegini rupa tapi kau pandang rendah. Fikirlah leklok wehhh, benda serius. Tak kena pada sedara mara kau memanglah kau boleh bersuka ria lagi. Bolehlah kau ke hulu ke hilir lagi tanpa ambil cakna arahan pihak yang berwajib tu.

Pernah tak kau bayangkan kalau kau yang kena wabak tu. Pernah tak kau bayangkan kalau sedara mara kau yang kena wabak tu. Agak agaknya apa tindakan korang ye? Apa yang akan korang lakukan. Bayangkan kalau koranglah penyebab sedara mara korang terkena wabak tu. Bayangkan seketika...

Sama sama kita beringat sebelum terkena gaisss. Semoga wabak ni cepat hilang. Semoga kita semua dilindungi dari wabak ni.




Day 7 | Seminggu Dalam Perintah Kawalan Pergerakan

Good morningggg. Oichhh tetiba bersemangat pulak pagi ni. Kihkihkihhhh...

Dah beberapa hari berkurung dalam rumah. Rasa selesa tapi agak kebosanan. Kaki pun dah rasa sakit sakit sebab banyak duduk dari bergerak. Rumah sis takde kerusi so duduklah bersila, bersimpulBeberapa hari berlalu, tetiba petang semalam rasa sakit sakit dekat bahagian lipatan bawah lutut. Pagi ni rasa sakit tu macam makin sakit pulak. Nak berjalan pun payah. Terpaksa hincit hincit. Nak duduk pun seksa wehhhh, bengkok lutut sikit je dah terasa sakit. Nak bangun dari tempat duduk, perhhhh part ni lagi merana. Kaki terpaksa berlunjur je sementara waktu ni. Pergerakan pun jadi terbatas. Itulah penangan kawalan pergerakan bagi sis buat masa sekarang. Apa pun semoga sakit nin idak berlarutan dan cepat sembuh. Aamin

Okay, dari sisi lain pula. Tetiba sis rasa macam rajin pulak ke dapur skrg. Tapi, masuk je dapur jadi bingung kejap. Nak masak apa eh? Banyak sebenarnya menu dalam kepala sampai tak tahu nak pilih menu mana satu. Setakat ni menu berasakan telur je yang berjaya dihasilkan. Itu paling mudah kot. Almaklumlah, duduk sorang sorang jadi macam.. alahhh malas lah nak masak menu yang rumit2. Main campak campak jer. Hah gitu.. Heheee..

Dalam situasi skrg ni, sis harap semua orang patuhi apa yang pihak berwajib arahkan. Tak perlu nak keras kepala, tak payah nak berdegil, jangan gedik nak acah acah hero tau. Kita permudahkan urusan diaorang, insyaAllah semuanya akan dipermudahkan nanti. Siapa lagi yang boleh tolong kita kalau bukan diri kita sendiri, kan? Jadi, masing masing dah besar. Masing masing ada akal fikiran yang waras. Maka gunalah seelok eloknya. Jangan nak menyusahkan orang lain tauuuu. Eh, sis tak marah pun. Nasihat je tu. Heheeee...






COVID - 19 | Kesan Positif Dari Corona Virus

SISI POSITIF CORONA VIRUS

Tidak ada didunia ini yg terjadi kebetulan. Semua ada tujuan dan hikmah.

Kira-kira apa hikmah dibalik pandemik Corona virus ini?

1. Corona menutup bar, kelab malam, rumah pelacuran, kasino dan tempat-tempat orang biasa bermaksiat.

2. Corona menurunkan feadah bank yg mencekik leher.

3. Membawa keluarga bersama kembali dalam rumah dan melakukan aktiviti rumah bersama.

4. Menghentikan orang memakan haiwan mati dan terlarang

5. Memindahkan peruntukan anggaran belanjawan tentera menjadi anggaran rawatan kesihatan.

6. Negara-negara Arab telah melarang shisha.

8. Corona melemahkan para diktator dunia yg selama ini sombongnya luar biasa.

9. Corona membungkam kesombongan negara yg mengangap dirinya paling hebat dan tak terkalahkan.

9. Manusia banyak berdoa dan berharap pada Nya dan tidak semata-mata berpegang pada sains dan teknologi.

10. Memaksa negara memperhatikan rakyatnya.

11. Memperlihatkan betapa bergunanya wudhu paling tidak lima kali dalam sehari.

12. Mengajarkan manusia bagaimana bersin, menguap dan batuk seperti yg diajarkan oleh Nabi SAW kita lebih dari 1400 tahun yg lalu.

13. Coronavirus sekarang membuat kita tinggal di rumah dan hidup dalam kesederhanaan.

14. Corona mengajarkan bagaimana satu saja "tentara Allah", iaitu virus kecil yg berukuran 150 nano mampu mengalahkan 7 billion manusia yg hidup dibumi yg luasnya ratusan juta hektar. 

15. Memberi kesempatan kita untuk melihat bahawa mati itu nyata dan dekat dengan kita.

16. Mengajar kita supaya tidak bersentuhan dengan yg bukan muhrim.

17. Mengajar kita tidak berbelanja dan makan sembarangan diluar.

18. Membangunkan kita pada kenyataan dan memberi kita kesempatan untuk meminta pengampunan dan bantuan Nya.

19. Semua yg kita miliki adalah milik Allah dan Allah boleh mengambilnya pada bila masa saja.

20. Dan banyak lagi hikmah dari Nya untuk kita, bukalah mata hati kita dan kembalilah kepada Allah Yang Maha Esa dan satu-satu Nya.


Hakikatnya :
Percayalah, Allah menurunkan sesuatu dengan hikmah. Ada pelajaran besar dalam hal ini bagi mereka yg bijaksana dan arif untuk melihat.


Segmen Bloglist April hingga Jun 2020

Segmen Bloglist April hingga Jun 2020

Selamat Bersegmen (:




Giveaway : Teka Harga Stationery by Redza Channelz

Giveaway : Teka Harga Stationery by Redza Channelz


Giveaway : Teka Harga Stationery by Redza Channelz

Jawapan teka teka
RM 41.60

Contest "Saya Mahu Produk CREATIVE UNITED PSan!"

TEKAN BANNER UNTUK JOIN
klik sini untuk join :)
Share di FB | Twitter


Contest "Saya Mahu Produk CREATIVE UNITED PSan!"


POWDER BLUE TANG'S ROMANCE (BLUE BG)

Kenapa pilih bantal comel ni?
Nak dijadikan cerita, CikAin bukak je web Creative United terus mata tuju pada bantal comel ni. Pastu dalam hati cakap cakap, bantal ni cantik weh. Boleh letak dalam kereta. Lepas ni kalau overnight/camping dekat pantai Port Dickson, boleh guna untuk tidur ni. Heheee dapat lena sejam dua pun jadi ler. Lepas tu boleh jugak guna time lepak Genting ni. Sambil santai santai layan view kat sana boleh peluk bantal ni. Oichhh nikmat wehhhh.

Mesti korang tanye kenapa Port Dickson dan Genting, kan?
Sebenarnya time cuti cuti itulah tempat yang akan CikAin pergi dengan kawan kawan atau kesayangan. Sekarang ni musim Covid-19, so aktiviti dalam rumah jer. Wehh, kalau dapat bantal ni boleh buat penemam tidur malam. Ngam terukkkk! Nak bantal ni pleaseeeee... :) 

Kenapa bantal ni jadi pilihan CikAin?
Baca kat bawah ni


THROW PILLOWS

  • Bantal itu diperbuat daripada kain poli lembut, diperbuat daripada kain tenunan sentuhan poliester 100%. Dipotong secara individu dan dijahit dengan tangan, setiap bantal datang dengan mudah untuk menggunakan zip yang tidak kelihatan. Terdapat tiga saiz, 16 "X 16", 18 "X 18" dan 20 "X 20". Reka bentuk yang dipilih dicetak di kedua-dua belah pihak.


  • Imej-imej di atas bantal dicetak menggunakan proses penyulingan pewarna standard industri. Kaedah percetakan yang membuat dakwat menembusi jauh ke dalam struktur kain, menyebabkan rasa tangan lembut dan juga boleh dibasuh. Imej tidak akan memudar walaupun selepas mencuci banyak.


Pillow Features

  • Terdapat dalam tiga saiz persegi: 16 ", 18", 20 "
  • Reka bentuk yang dipilih dicetak di kedua-dua belah pihak
  • Roket yang tersembunyi untuk kelihatan lancar dan profesional
  • Diperbuat daripada kain tenunan sentuhan poliester 100%
  • Dengan atau tanpa memasukkan serat poliester

Cik Ain tag : Mamapipie & CikNor & Rodiah Amir

SELAMAT BERSEGMEN SEMUA :)

Cuci Tangan Dengan Sabun Sudah Memandai?

Terkejut saya tengok, hand sanitiser yang kecil, harganya hampir RM20. Disebabkan harga yang mahal dan stok yang terhad,  wujud pula kes pelawat mencuri sanitiser dari hospital.

Tahukah anda, cuci tangan dengan sabun sudah memadai?

Melalui satu penelitian yang dilakukan di Jepun, cuci tangan dengan sabun ternyata lebih efektif.

Peneliti mendapati, antara sebab kenapa sabun lebih efektif adalah kerana alkohol didapati mengambil waktu yang lebih lama untuk menembusi lendir/ mucous dari hidung atau mulut.

Sabun dan air juga lebih berkesan pada tangan yang berminyak atau kotor, berbanding sanitiser.

Maka, tak perlulah keluarkan duit berpuluh ringgit untuk sanitiser, duduk rumah diam-diam, bosan-bosan cuci tangan dengan sabun.

Duit sanitiser tu boleh order food buat breakfast esok pagi, ok?

Sumber : @shazwan_sazali



Take Note : Mari biasakan diri mencuci tangan. Karena mencuci tangan sangat efektif dalam membunuh kuman dan virus. Tidak perlu panik jika tidak punya sanitizer. KKM suruh kerap basuh tangan. Takde pun dia ckp kerapkan guna hand sanitizer.

Berhati-hati Menggunakan Sanitizer Di Stesen Minyak

Terdapat persoalan berkenaan sanitized di stesen minyak, ni pun kena aware kepada semua, sekarang ni semua sentiasa bawa personal sanitizer ke mana shj, jadi sanitizer ni bahan asas dia alkohol 60% - 75% bermaksud ianya flammable, jadi berhati hati, selepas guna sanitizer tunggu sekejap bagi alkohol tu meruap dan hilang, jangan guna sanitizer di pam2 stesen minyak :

- Sebelum isi minyak, semasa dalam kenderaan pakai sanitizer,
- Tunggu sekejap bagi kering sanitizer tadi,
- Kemudian keluar kenderaan discharge elektrik static dengan menyentuh bahagian besi kenderaan atau tempat discharge yang disediakan, 
- Buat bayaran di kauter, sebaiknya rancang pembelian  minyak, kalau boleh bayar tanpa ada baki, genapkan
- Kemudian baru isi minyak, 
- Selepas isi minyak masuk dalam kenderaan dan sanitized semula tangan, 
- Selain dari tu boleh pakai glove tapi make sure step tanggalkan glove supaya tangan tak tercemar.

Jangan tinggal sanitize dalam kereta dan parking tempat panas, janga pakai sanitizer semasa memasak, sebelum memasak sebaiknya basuh tangan dengan sabun...

#JabatanBomba&Penyelamat

Pesanan ikhlas dari pihak bomba. Jadi, sama samalah kita ikuti apa yang dinasihatkan oleh mereka. Mencegah lebih baik dari mengubati gaissss. Semoga kita semua dijauhi dari wabak yang sedang menular sekarang di negara kita



Langkah Selepas Pulang Beli Makanan Atau Barang

Hanya ketua keluarga atau seorang wakil keluarga yang dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan harian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.


Cara Kekal Aktif Ketika Perintah Berkurung COVID - 19

Walaupun tinggal di dalam rumah, rakyat Malaysia disarankan untuk kekal aktif, sama ada melalui senaman atau aktiviti fizikal.

Pada masa kini terdapat pelbagai senaman di rumah yang boleh
dilakukan, contohnya:

1. Senaman yang berbentuk kardio bagi yang mempunyai basikal senaman atau treadmill di rumah.

2. Senaman yang menggunakan berat badan sendiri, seperti
push-ups, squats, planks, burpees dan lounges (yang menggunakan pelbagai otot tanpa memerlukan peralatan khusus), senaman Tabata dan senaman ringan seperti yoga atau tai chi.

Rakyat Malaysia juga boleh kekal aktif dengan melakukan pelbagai bentuk tarian dan mengambil peluang untuk melakukan spring
cleaning di dalam rumah.

Kajian menunjukkan bahawa senaman dan aktiviti fizikal penting untuk mengekalkan kesihatan mental dengan meningkatkan mood dan melegakan kebimbangan dan keresahan. Ia membantu mengasah minda, meningkatkan kekuatan otot dan kekuatan aerobik.





Senarai Hospital Saringan Dan Hospital Rujukan Yang Mengendalikan Kes COVID - 19 Di Malaysia

Berikut adalah :

1. senarai hospital saringan.
2. senarai hospital rujukan. 

bagi mengendalikan kes #COVIDー19 di Malaysia.

#COVID19malaysia



Golongan Yang Berisiko Tinggi Dijangkiti COVID-19

Golongan berisiko tinggi yang memiliki sistem imuniti badan yang rendah.

Golongan ini paling mudah terdedah dan risiko dijangkiti #COVID-19.

Anak-anak, lindungi ibu bapa anda. Jangan merayau dan bawa pulang penyakit corona virus ini.

Duduk rumah. Lindungi diri dan keluarga.


Sayang Dan Setianya Seorang Perempuan

Perempuan bila dah sayang tak pernah berubah bro , kau layan dia nak tak nak, kau banyak tipu dia, curang belakang dia, kau abaikan dia but she still love you and want to stay with you.

Tapi tak semua. Hati perempuan yang kental akan begitu. Namun, yang tak kental mungkin dia akan pergi kerana hatinya terlalu sakit disebbkan orang yang dia sayang tu selalu buat kesalahan yang sama je.

Perempuan akan nampak bodoh untuk orang yang dia sayang tapi jangan kau pergunakan dia atas kebodohan dia. Dia tak bodoh tapi sebab sayang dia jadi macam tu. Ingatlah, tak semua orang boleh sabar dan bertahan. Akan ada satu tahap dia dah penat untuk terluka dan diperbodohkan lagi. Mungkin itu yang dinamakan dia dah tawar hati.


Take Note : Jaga hati kau untuk aku. Hati aku, aku jaga untuk kau. Boleh tak sayang?

Perasaan

Sering kali kupandang
 Tenang raut wajahmu
 Terasa seluruh raga larut dalam getar
 Nyatanya hatiku musnah menahan perasaan

 Entah berapa lama
 Harus memendam rasa
 Bimbang keingin hati hanya sisa mimpi
 Mampukah yang kuinginkan jadi kenyataan

 'Ku insan tak sempurna
 Yang mahu kasihmu
 Tapi bolehkah kau terima aku
 Berbanding dia
 Andai kau menolak cintaku
 Biarlah aku simpan
 Perasaan ini dariimu
 Kemas di dalam hatiku sendiri

 Pedih cinta hadir tanpa disangka
 Akan kuharungi kesedihan ini

 'Ku insan tak sempurna
 Yang mahu kasihmu
 Tapi bolehkah kau terima aku
 Berbanding dia
 Andai kau menolak cintaku
 Biarlah aku simpan
 Perasaan ini dariimu
 Kemas di dalam hatiku

 'Ku insan tak sempurna
 Yang mahu kasihmu
 Tapi bolehkah kau terima aku
 Berbanding dia
 Andai kau menolak cintaku
 Biarlah aku simpan
 Perasaan ini dariimu
 Kemas di dalam hatiku sendiri

 Ho-o-o-u-oh ...

 Kasihku..


Take note : Senyumku tak bererti bahagia. Tangisanku tak bererti derit. Adakala diri sendiri tidak mengerti kewarasn hati dan akal.

Cara Atasi Perut Buncit

Klubna laleh bukan ubat, tapi minuman tambahan sahaja. Bahan2 tip top boleh bantu turunkan berat badan
.
Antara bahan penting Klubna Laleh:
.
✔️Brown rice ~alas perut siap2 bagi kenyang
✔️Garcinia cambogia ~sekat selera makan
✔️Phsyllium husk ~ baik untuk usus/detox
✔️Arabic gum ~ prebiotik .
✔️Tiada bahan2 terlarang
✔️Halal Jakim tau
.
Nak bagi free gift mini klubna untuk kali ni. Yeyehhhh!!!
Yang nak order, maii lekaih rojer kami :
📲 0136462960
📲 www.wasap.my/60136462960/klubnalalehN9
📲 www.instagram.com/klubna.laleh


Klubna Laleh Membantu Turunkan Berat Badan Dengan Berkesan

Klubna laleh bukan ubat, tapi minuman tambahan sahaja.

Bahan bahan tip top boleh bantu turunkan berat badan

.

Antara bahan penting Klubna Laleh termasuklah:

.

✔️Brown rice ~ alas perut siap2 bagi kenyang

✔️Garcinia cambogia ~ sekat selera makan

✔️Phsyllium husk ~ baik untuk usus/detox

✔️Arabic gum ~ prebiotik .

✔️Tiada bahan bahan terlarang

✔️Halal Jakim tau

.

Klubna Laleh Membantu Turunkan Berat Badan Dengan Berkesan


Nak bagi free gift mini klubna untuk kali ni. Yeyehhhh!!!

Yang nak order, maii lekaih rojer kami :

📲 0136462960

📲 www.wasap.my/60136462960/klubnalalehN9

📲 www.instagram.com/klubna.laleh


Free Gift Terbaru Klubna Laleh

Klubna laleh bukan ubat, tapi minuman tambahan sahaja.
Bahan bahan tip top boleh bantu turunkan berat badan
.
Antara bahan penting Klubna Laleh termasuklah:
.
✔️Brown rice ~ alas perut siap2 bagi kenyang
✔️Garcinia cambogia ~ sekat selera makan
✔️Phsyllium husk ~ baik untuk usus/detox
✔️Arabic gum ~ prebiotik .
✔️Tiada bahan bahan terlarang
✔️Halal Jakim tau
.
Nak bagi free gift mini klubna untuk kali ni. Yeyehhhh!!!
Yang nak order, maii lekaih rojer kami :
📲 0136462960
📲 www.wasap.my/60136462960/klubnalalehN9
📲 www.instagram.com/klubna.laleh


Pemberi Bahagia Adalah Allah

Kita selalu merasa yang kita akan bahagia apabila kita dapat hidup bersama orang yang kita sayang dan menyayangi kita.

Namun kita terlupa, yang memberi bahagia itu adalah Allah.

Maka, carilah Allah. Sentiasalah bersama Allah. Insya Allah pasti kita akan bahagia




Bahan Yang Terkandung Dalam Klubna Laleh

Antara bahan dalam Klubna Laleh :
.
🍎Arabic Gum | Grape Seed
🍎Psyllium Husk | Brown Rice
🍎Green Coffee | Robusta Coffee
🍎Lemon Powder | Garcinia Cambogia
🍎Purple Potato | Apple Fiber
🍎Oat Powder | Grape Seed

Semua kandungan bahan semulajadi, lulus KKM dan di formulasikan dari Pakar Kesihatan.
Mudah sangat dear, nak kurus dengan KlubnaLaleh

Minum-minum jer, timbang-timbang dahh KURUS
.

Best tak ? 😍
Meh lekaihhhh wasap CikAin lelaju
📲 0136462960
📲 www.wasap.my/60136462960/klubnalalehN9
.


Promosi Klubna Laleh

JOM TUKAR DARI XXL Ke M!!!

.
COFFEE KLUBNA LALEH - Bakar Lemak dengan cepat & Sihat!
Selepas ambil 1 sachet sahaja setiap hari, korang akan rasa kesannya yang sangat wow pada diri sendiri!!!
.
🏃‍♂️Badan rasa ringan
🏃‍♂️Pembuangan makim lawas
🏃‍♂️ Rasa Kenyang 8 Jam
🏃‍♂️ Boleh Kerja 12 Jam Tanpa Penat
🏃‍♂️ Kempos Perut
🏃‍♂️ Bakar Lemak Tepu
🏃‍♂️ Lengan & Peha makin Kecik
.
😎 Lepas tu tak perlu senam & diet yang terlampau sebab ia coffee yang dapat membantu anda😱
.
Setiap belian akan dapat extra gift😱😱😱
Jom grab cepat sementara stock gift masih ada
.
.
Kami sedia membantu anda. 🤗🤗
Jom order 🤗
📲 0136462960
📲 www.wasap.my/60136462960/klubnalalehN9
📲 www.instagram.com/klubna.laleh
📲 Klubna Laleh Seremban


41 Hari Segmen Bloglist #3 2020






Apa yang anda tahu tentang Muamalat dalam Perbankan?

Selalu dengar perkataan 'muamalat' tu dalam iklan iklan di tv. Tapi secara jujurnya tak pasti apakah itu muamalat sebenar benarnya. Huhuuu.. rasanya zaman sekolah dulu ada belajar tapi sekarang dah lupa. :)

PENCARIAN BLOG LIST PERTAMA ELLY MATIN




Lipstick kegemaran? Huhuuu.. sebenarnya bab make up ni CikAin agak fail sikit. Mungkin jenis yang tak suka nak melaram kot. Tengok barang barang make up pun macam takde perasaan sangat. Mungkin sebab CikAin ni berjiwa agak lasak. Tapiiiiiiiiiii.. bibir haruslah dijaga gaisssss. Janganlah sampai kering kontang merekah bagaikan!!! Sebab tu CikAin guna vaseline. Vaseline ni ada banyak tau kebaikan. Serius tak tipuuu !!! Korang bacalah sendiri kat bawah ni :)

Antara kebaikan Vaseline termasuklah :


1. BULU MATA
Sapukan sedikit pada bulu mata sebelum masuk tidur. Buat setiap hari sebelum tidur. InsyaAllah panjang bulu mata.

2. KAKI
Nak kaki lembut seperti bayi, sapu setiap hari sebelum tidur dan selepas itu pakai stokin. Esok bila bangun, kaki lembut kalah baby.

3. SIKU
Siku hitam atau kering, sapu benda ini setiap hari dan lama kelamaan hilang hitam dan kulit tak akan kering.

4. KUKU
Nak kuku cantik, sapu Vaseline ini pada cuticles. Sapu tiga kali sehari untuk mendapatkan kelembutan dan kecantikan pada cuticles anda.

5. BIBIR
Nak bibir lembut dan tak kering, sapukan Vaseline ini setiap malam sebelum tidur. Menjadi guys! Nak pakai lipstick pun senang.

6. LIP GLOSS
Tak ada bajet beli lip gloss, guna saja Vaseline ini.

7. MINYAK WANGI TAHAN LAMA
Nak minyak wangi tahan lama, sebelum sembur minyak wangi itu, pakai dulu Vaseline di tangan, leher dan kemudian baru sembur. Tahan lama bau perfume itu nanti.

8. SEBAGAI PELEMBAP JERAWAT
Sapukan Vaseline di jerawat dan nanti boleh kecutkan jerawat.

9. PELEMBAP MUKA
Muka kering, boleh letak Vaseline ini. Jimat duit.

10 LUTUT HITAM
Haa, ada masalah lutut kering atau hitam, boleh juga letak Vaseline ini.

11. SCRUB BADAN
Campur dengan garam laut scrub badan yang 10 tahun tak scrub itu.

12. SAPUKAN PADA GIGI
Boleh letak di gigi supaya gigi tak kering melekat di mulut, nak senyum pun susah. Selain itu elak gincu yang mahal melekat pada gigi.

13. PELINCIR MENGURUT
Haa, nak urut abah ke, mak ke, suami ke, campur Vaseline dengan minyak dan selepas itu urutlah lama mana nak pun.

14. KRIM MALAM
Buat krim malam, panaskan biar cair dan selepas itu pakai di muka sebelum tidur.

15. MAKE UP REMOVER
Bawa Vaseline dan letak dalam beg. Masa nak buang make up, ambil Vaseline ini dan sapu di muka.

16. ELAK KULIT MUKA KERING
Pakai di muka ketika waktu panas, baru tak kering.

17. Blusher
Ambil lipstick dan campur dengan Vaseline dan sapu di pipi jadikan blusher. Jimat duit lagi.

18. MELEMBABKAN RAMBUT
Yang nak rambut lebat tak bercabang boleh sapu di hujung rambut. Boleh juga sapu di rambut baby biar lebat.

19. PADA BAWAH MATA
Sapu bawah eye shadow untuk nampak bersinar-sinar gitu.

20. MERAWAT KULIT SELEPAS BERCUKUR
Selepas cukur segala bulu itu, sapu Vaseline ini baru tak rasa kering kulit itu.

21. MENCANTIKKAN KENING

22. BULU MATA LEBIH BERKILAT DAN KALIS AIR.

23. RAWATAN KUKU

24. MENGHILANGKAN GARIS KULIT KERING

25. MEMUDAHKAN UNTUK MEMAKAI ANTING-ANTING


SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI





"Apakah perkara yang menceriakan sepanjang Januari 2020?"

Perkara yang menceriakan bermula tahun baru, banyak sebenarnya. Yang ceria dengan yang tak ceria sama balance pulak rasanya. Tapi apapun, hidup ini wajiblah CikAin positif. Jadi yang tak ceria tu CikAin campak tepi siap siap. Abaikan perkara negatif tu. Yessss! Yang menceria dan membahagiakan adalah tahun baru bermula azam baru. Alhamdulillah, tahun baru masih bersama orang yang lama. Hah gitu! Syukur sangat-sangat. Keluarga, sahabat dan yang tersayang masih ada disini CikAin untuk terus bersama sama mencipta setiap kenangan dalam kehidupan ini. Terima kasih yang tak berbelah bahagia kepada mereka yang sentiasa ada memberi sokongan dan dorongan untuk CikAin. Yesss! I love you family, sahabat dan kesayangan. Terima kasih untuk segalanya. Lebiu sampai Syurga :)