Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

COVID - 19 | Kesan Positif Dari Corona Virus

SISI POSITIF CORONA VIRUS

Tidak ada didunia ini yg terjadi kebetulan. Semua ada tujuan dan hikmah.

Kira-kira apa hikmah dibalik pandemik Corona virus ini?

1. Corona menutup bar, kelab malam, rumah pelacuran, kasino dan tempat-tempat orang biasa bermaksiat.

2. Corona menurunkan feadah bank yg mencekik leher.

3. Membawa keluarga bersama kembali dalam rumah dan melakukan aktiviti rumah bersama.

4. Menghentikan orang memakan haiwan mati dan terlarang

5. Memindahkan peruntukan anggaran belanjawan tentera menjadi anggaran rawatan kesihatan.

6. Negara-negara Arab telah melarang shisha.

8. Corona melemahkan para diktator dunia yg selama ini sombongnya luar biasa.

9. Corona membungkam kesombongan negara yg mengangap dirinya paling hebat dan tak terkalahkan.

9. Manusia banyak berdoa dan berharap pada Nya dan tidak semata-mata berpegang pada sains dan teknologi.

10. Memaksa negara memperhatikan rakyatnya.

11. Memperlihatkan betapa bergunanya wudhu paling tidak lima kali dalam sehari.

12. Mengajarkan manusia bagaimana bersin, menguap dan batuk seperti yg diajarkan oleh Nabi SAW kita lebih dari 1400 tahun yg lalu.

13. Coronavirus sekarang membuat kita tinggal di rumah dan hidup dalam kesederhanaan.

14. Corona mengajarkan bagaimana satu saja "tentara Allah", iaitu virus kecil yg berukuran 150 nano mampu mengalahkan 7 billion manusia yg hidup dibumi yg luasnya ratusan juta hektar. 

15. Memberi kesempatan kita untuk melihat bahawa mati itu nyata dan dekat dengan kita.

16. Mengajar kita supaya tidak bersentuhan dengan yg bukan muhrim.

17. Mengajar kita tidak berbelanja dan makan sembarangan diluar.

18. Membangunkan kita pada kenyataan dan memberi kita kesempatan untuk meminta pengampunan dan bantuan Nya.

19. Semua yg kita miliki adalah milik Allah dan Allah boleh mengambilnya pada bila masa saja.

20. Dan banyak lagi hikmah dari Nya untuk kita, bukalah mata hati kita dan kembalilah kepada Allah Yang Maha Esa dan satu-satu Nya.


Hakikatnya :
Percayalah, Allah menurunkan sesuatu dengan hikmah. Ada pelajaran besar dalam hal ini bagi mereka yg bijaksana dan arif untuk melihat.


6 ulasan

  1. Betul tu. Mati itu pasti dan paling dekat dengan kita. Semuanya milik Allah Taala.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Betul.
      Sama sama kita berbuat baik ke arah kebaikan.

      Padam
  2. Melihat sesuatu musibah/ujian itu ada hikmah disebaliknya.

    Alhamdulillah. Perancangan Allah tiada yang sia-sia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap yamg berlaku ada hikmahnya. Semoga kita semua dalam lindunganNya, Aamin

      Padam
  3. Hi Assalamualaikum.. follow yg ke 1964. Setuju...tolong lah dok umah ja. Sama2 Kita melawan Covid-19. Ini pun 1 jihad. insha'Allah 🥰

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam.
      Terima kasih atas kunjungan.
      Sama sama kita patuhi arahan dari pihak yang berwajib. Semua ni utk kebaikan kita juga.

      Padam