Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Cuti sempena Deepavali

Assalamualaikum..

Dalam entry ni, aku ada ceritakan bertapa susah dan payahnya aku berusaha untuk mintak cuti seminggu. Seminggu je pun. Bukan lama sangat. Tapi punyalah susah nak bercuti. Kepayahan aku berhasil setelah cuti aku diterima. Senang hati permohonan cuti dah pun berjaya.

Untuk malam ni aku rasa macam apa entah. Nak marah tapi tak terluah. Nak mengamuk tapi tak tertunjuk. Nak meraung rasa macam over pulak. Entah! macam blur plak rasa. Aku punyalah susah payah mohon cuti seminggu. tetiba malam ni aku dapat massage dalam group ws. Ikt *institut kemahiran tinggi* cuti dari isnin sampai rabu. Hampeh! kiranya cuti aku separuh burn lah ni. Hurmmm IKT cuti berganti. Aku cuti ada surat. Tapi surat tak surah nanti mesti kena ganti jugak rasanya. Percayalah, sebab dekat sini memang susah giler nak cuti. Tapi apapun, alhamdulillah sekurang-kurangnya aku dapat jugak cuti.





4 ulasan