Andainya seseorang itu tidak mempunyai akhlak yang baik dan melakukan kesalahan serta tidak memuaskan hati kamu , tolong jangan salahkan pakaiannya...
Tolong sangat-sangat, tolong jangan babitkan pakaian dia.. Pakaian tak salah.. Yang salah adalah akhlaknya..
Tapi,
Sekurang-kurangnya dia cuba untuk ikuti apa yang di perintahkan Allah..
Mohon jangan guriskan hati orang lain dengan ayat yang boleh menjatuhkan maruahnya serta mengaibkannya..
" Harap jea bertudung labuh tapi perangai macam apa "..
" Nampak jea macam alim tapi suka buat menda macam tu "..
Saya mohon, jangan jadikan pakaian islamnya sebagai perbahasan kepada akhlaknya...
Bila ditanya "kenapa kita tidak tahu tentang ilmu Allah?"
Hanya menggelengkan kepala dan menjungkitkan bahu tanda tidak tahu ..
Ustaz jawab:
"Mana kita nak tahu beliau, kalau kita tak pernah nak pegang Al Quran, belek dia, baca, dan faham ayat-ayat Allah tu .. Bukan guna banyak masa pun nak tadabbur ayat Allah .. Bukan suruh baca 1 Al Quran .. 1 muka 1 hari pun jadi .. Ini tidak, di buatnya hiasan atas kabinet .. Sampai berhabuk jadinya .. Belinya macam-macam warna, pelbagai design .. Tapi sayang, nak belek pun susah "...
Semoga bermanfaat
bg iera..kalo nak tegur kene berhemah...guna ayat lembut..yg penting jgn jatuhkan maruah org yg ditegur itu
BalasPadambtoi.. tegur tu dengan lembut.. tp klu dah melampau sgt kekadang terkasar gak
BalasPadaminshaallah
BalasPadamterbaikk., =)
BalasPadamInsyaAllah
BalasPadam