Tidak Sarapan Punca Gemuk
07 Mac 2018
Good morning korang.
Siapa suka skip breakfast? Kononnya nak kurus tapi tersalah cara. Ada juga yang suka kumpulkan sekali bersama makan tengahari (brunch). Antara alasan yang sering didengar apabila ditanya kenapa tidak bersarapan adalah “bimbang berat badan naik” dan “i’m on diet”. Wah, salah konsep ni.
Tahu tak skip breakfast salah satu punca kita makan tak kenyang-kenyang dan punca berat badan naik? .
Sarapan pagi ni makanan pertama kita setiap hari. Penting untuk kita bersarapan sebab ia akan kembalikan nutrien yang dibakar semasa kita sedang tidur dan beri tenaga untuk kerja seharian.
Walaupun kita kadang-kadang rasa malasnya nak makan pagi ni, tapi sarapan ni sangatlah penting. Dengan sarapan yang bagus :
✔️ Tak cepat rasa lapar sepanjang hari
✔️ Tak rasa nak makan berlebih-lebih.
✔️ badan takkan masuk ‘starvation mode’ atau rasa letih dengan cepat.
Selain itu, sarapan ni penting untuk :
✔️ kawal kadar gula dalam darah
✔️ kurangkan kolestrol dan kurangkan lemak tepu.
✅ Banyak sangat kajian akademik dah dilakukan yang membuktikan manfaat bersarapan ni untuk mereka yang tengah berusaha nak turunkan berat badan.
Jadinya, jangan lupa sebaik sahaja bangun pada waktu pagi, kita mesti mengambil sarapan yang berkhasiat untuk meningkatkan metabolisme badan. Apa itu metabolisme? Metabolimse adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengekalkan fungsi dan nyawa. Bila kita sarapan, metabolisme dapat ditingkatkan dan seterusnya boleh mempercepatkan proses pembakaran lemak. Senanglah nak kurus! .
📌 Ini sedikit tips dari Kevin Zahri bagi yang bekerja :
✔️ makan sarapan pagi seawal mungkin
✔️ jangan tunggu tiba di pejabat baru ambil sarapan
✔️ alas perut terlebih dahulu di rumah untuk mengelakkan nafsu makan yang bergelora apabila tiba di pejabat
Credit : facebook
loading..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kak sha x boleh kalau tak breakfast.. perkara wajib kena buat setiap pagi adalah MAKAN..haha
BalasPadamhttp://byshaz.blogspot.com/2018/03/kelebihan-surah-al-waqiah.html
dari zaman study lagi perlu breakfast bila bangun tidur. Kalau skip pun hari ahad je sebab bangun lambat :P
BalasPadampatut ah aku susah kurus..huhuhuh
BalasPadamaida ni cepat lapo.
BalasPadamkalu kul 8.30 pagi tak sarapan, perut berkeroncong.
memang akan makan bersungguh2 la. tak de la nak sukat-sukat.
and normally lunch aida kurang makan.
sebab kekadang kat opis, lunch hour tu utk solat dan rehat.
malas nak kuar...
tapi back up dgn minum ptg la...