Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tanda-Tanda Anda Sudah Menjadi Hamba Dunia

27 TANDA-TANDA ANDA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA


1.🌳Anda tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.

2.🌳Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an lantaran Anda terlalu sibuk.

3.🌳Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda semakin bertambah.

4.🌳 Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Anda lakukan adalah haram.

5.🌳Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besok, nanti dan seterusnya.”

6.🌳Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.

7.🌳Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah

8.🌳Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.

9.🌳Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.

10.🌳 Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.

11.🌳 Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Anda miliki.

12.🌳Anda merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan.

13.🌳Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya

14.🌳Anda memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak mengingatkan Anda kepada Allah.

15.🌳Anda hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.

16.🌳 Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya

17. 🌳Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.

18. 🌳Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.

19. 🌳Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup Anda yang suka berfoya-foya, walaupun Anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.

20. 🌳Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi Anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi.

21.🌳 Anda ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya

22. 🌳Anda sangat perhatian dengan penampilan luaran Anda.

23. 🌳Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama datangnya.

24.🌳 Anda ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi Anda sedikit pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.

25. 🌳Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar segera melanjutkan pekerjaan.

26. 🌳Anda tidak pernah berfikir bahawa hari ini boleh jadi hari terakhir Anda hidup di dunia.

27.🌳 Anda merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang Anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.

#Astaghfirullahalazim

2 ulasan

  1. Moga dilindungi dari hal sebegini...

    BalasPadam
  2. moga sama-sama kita baca entri ni dan jadik kan pedoman.
    terutama no 1.
    tiang agama.

    BalasPadam