Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Resepi Rempeyek Kacang Tanah



Resepi Rempeyek Kacang Tanah

1 paket tepung beras
1 cawan ikan bilis ( di blend )
1 biji telur
2 sudu ketumbar - di blend
1 sudu jintan putih
1 sudu jintan manis
1 cawan santan kelapa ( tak perlu pekat sgt )
1 sudu kecil kapur sireh ( bancuh dlm air bg larut )
Sedikit garam
Sepeket ikan bilis tuk hiasan
1/2 kg kacang tanah
Minyak untuk menggoreng
Acuan rempeyek

Cara cara membuatnya
Blend rempah tadi , masukkan dalam adunan tepung.
Kemudian masukkan sdikit air, masukkan telur, gaul2 bagi sekata.
Lepas tu, masukkan ikan bilis yang telah di blend tadi, santan , air kapur dan garam. Gaul gaulkan bagi sekata dan tambah sedikit air. Haati2 dgn kelikatan tepung. Kene pandai agak, jangan terlalu pekat dan jgn terlalu cair.
Panaskan minyak dlm kuali. Kalau boleh biar minyak banyak. Masukkan acuan dlm kuali biarkan panas. Bila minyak sudah panas, angkat acuan dan tuangkan adunan tepung tadi guna senduk kecik dan letakkan kacang tanah, (jgn byk sangat kcg tanah tu takut berat) dan letakkan 1 ikan bilis. Gorengkan. Api jgn kuat sgt nanti hangus. Buat berulang2 kali , goreng2 sambil terbalikkan. Dah agak kekuningan boleh angkat dan toskan.. buat lagi tanpa henti.

Kredit resepi kepada ‎Nori Othman‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Take note : Aku tengah leka scroll facebook tadi, tetiba muncul resepi rempeyek kacang tanah ni. Subahanallah, gambar rempeyek tu buat aku tergoda, terliur. Manalah nak cari rempeyek sekitar Seremban ni. Oichhh caving sungguh dah rasa.

Aku simpankan resepi rempeyek kacang tanah ni disini sebagai tanda ingatan untuk aku. InsyaAllah hujung minggu ni aku akan balik kampung. Semestinya aku akan cuba resepi ini sekiranya ada kerajinan. Hahaaa.. Ada kerajinan eh. Entah bila nak rajin, asal balik kampung memanjang tidur.  Apapun, semoga aku dapat cuba resepi ni nanti. Oichhh rempeyekkk..

3 ulasan

  1. yumyum.....
    klu dia rangup,nipis lagi peh!sedap

    BalasPadam
  2. Alahai sedapnya rempeyek ni. Cantik kejadiannya. Bolehlah nanti buat rempeyek sendiri nanti

    BalasPadam
  3. Terliur sangat tengok rempeyek ni.. My fvrite ni.. Dapnyerr

    BalasPadam