05 Ogos 2018

Aku, Hiking Dan Kerja


Hiking.
Sebut pasal hiking mesti rasa sayu dihati.
Sayunya... rindu nak hiking macam sebelum ni.
Rindu nak kembali bergiat aktif.
Rindu nak masuk hutan.
Rindu nak redah sungai.
Rindu nak bermalam dalam hutan.
Rindu nak dengar bunyi unggas.
Rindu nak rasai gigitan nyamuk.
Rindu nak rasai kesejutan pekat malam.
Sugguh aku rindu..

Bila buka facebook, nampak gambar kekawan pegi hiking
Sungguh aku jelous.. aku cemburu..
Bila lagi aku nak join mereka..
Bila lagi kami nak berkumpul beramai ramai.
Bila lagi nak menggamatkan suasana dalam hutan
Bila lagi nak hidup sebagai ahli rimba..

Aku rindu..
Aku rindu semua tu..
Aku rindukan mereka yang sama sama hiking bersama aku..


Tapi aku harus menahan rasa buat ketika ini
Kerana ada komitment dan tanggungjawab yang perlu aku lunaskan
Ada kerja yang perlu aku siapkan
Keadaan dan masa tidak mengizinkan aku
Hiking itu hobi aku
Kerja itu tanggungjawab aku


Hurmmm...
Kerja tengah banyak sekarang ni
Kesibukan tak dapat dijangka
Walaupun hujung minggu kerja tetap kerja
Aku sanggup lupakan hiking seketika demi kerja
Walaupun juah disudut hati rasa terkilan
Tapi apakan daya..

Aku tahu aku kuat
Aku tahu aku mampu
Aku tahu aku boleh
Walau selemah manapun aku harus kuat
Walau serapuh manapun aku harus tabah
Kerana inilah realiti aku sekarang..

Sungguh aku rindu nak hiking..










Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

1 ulasan:

  1. Kalau ada masa terluang atau terlalu stress dengan kerja, mungkin patut lari sekejap dari kesibukan tu dan tenangkan diri time hiking.

    BalasPadam