Assalamualaikum,
Tengok gambar kat atas tu teringat pulak kat anak solehah aku. Tetiba rasa rindu pula waktu anak aku kecil. Eh, macam dah besar je anak solehah aku erk padahal baru 2y3m usia anak aku bulan ni.
Kihkk..kihh..kih
Alhamdulillah, aku dikurniakan anak solehah yang baik. Sangat mudah aku menjaganya ketika newborn hinggalah usianya 2tahun. Sekarang diusia 2tahun mudah jugak nak jaga tapi kena lebih bersabar sikitlah. Yes, walaupun tidur malam aku tak berapa cukup tapi bagi aku sangat memudahkan. Anak aku seakan faham situasi aku. Waktu berpantang dulu aku berpantang dikampung so terpaksa pjj dengan husband dalam 3bulan macam tu. Dekat kampung ada mak ayah dan 2 orang adik aku. Ayahlah yang bawa aku dan anak pergi check kuning. Ada urusan apa apa, memang ayah aku yang tolong bawakan aku dan anak.
Alhamdulillah, tidur malam anak aku tak meragam. Waktu siang mak ayah dan adik aku tolong jaga. Ayahlah paling excited. Setiap pagi ayah akan masuk bilik, dukung anak aku pergi dapur. Family aku memang suka lepak dapur. Ayah akan dudk sebelah anak aku sambil main telefon, minum, makan dan buat segala kerja yang dia nak buat. Kadang kadang sampai tertidurlah ayah teman cucu dia. Hahaaa!
Tapi itulah, hanya 6bulan sahaja anak aku dapat rasai kasih sayang tokki dia. Genap usia anak aku 6bulan, ayah dah pergi tinggalkan kami semua. Padahal waktu tu aku langsung tak bersedia lagi weh. Anak aku pun mesti tak puas lagi nak rasa kasih sayang tokki dia. Hurmm... gelap terus rasa dunia aku time tu. *citer pasal ayah auto aku nangis. Hurm..
Usia anak aku 2tahun, nampaklah perubahannya. Emosi aku agak teruji ye dengan telatah dan akalan anak solehah ni. Hari hari ada je akalan yang buat ibu dia jadi rimau. Perangai macam ibu dia sangat tau. Clon aku betul anak bertuah ni. Sampaikan laki aku cakap aku bergaduh dengan diri sendiri. Hahaa!
Diusia 2tahun ni, kerap plak dia nak melekat dengan ibu dia. Kalau dulu, time tidur dia nak bebas, taknak orang peluk dia time tidur. Tapi sekarang, asal nak tidur je cari lengan ibu. Nak bertepek dengan ibu. Ibu kat sebelah elok dia tidur lena. Ibu hilang sekejap, terus menangis. Ishhh.. ish.. ish.. memang dalam fasa aku sedang diuji sekarang kot. Aku diuji dengan telatah anak solehah aku.
Semoga anak solehah ibu membesar dengan sihat sentiasa dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih anakku sentiasa ada dengan ibu. Terima kasih sebab sentiasa permudahkan urusan ibu walaupun dalam kesukaran. Semoga anak ibu terbang tinggi dengan penuh kebaikan.
Tiada ulasan