Throwback Hiking Bukit Batu Putih, Port Dickson

Beberapa hari lepas aku ada contact dengan kawan waktu kerja kilang lama dulu. Wah, bila diingat kembali banyak betul kenangan di kilang tu. Hahahaa! yang nakal nakal tu kamilah, team maintenance yang tak berapa nak betul.

Berbalik pada aku contact kawan aku. Kebetulan aku tertengok status whatsApp dia. Gambar Bukit Batu Putih dengan caption tawan dari bawah je, lain kali kita hiking. Aku terus respon gambar tu dengan ayat teringat plak hiking ramai ramai batu putih dengan adam. lepas tu terus jadi sesi kitaorang membawang. Rindu plak kenangan waktu kerja dengan diaorang. Suasana kerja waktu tu, walaupun company toksin tapi aku enjoy sebab team semua okey. Sampai satu masa kitaorang semua, team maintenance ambil keputusan untuk resign beramai ramai.

Jomlah layan gambar gambar throwback aku bersama diaorang.

 

16/12/2018 mak aikkk dah lama rupanya.
Seawal jam 6.57 dah terpacak kat sini erk.
Waktu ni tengah tunggu sebijik kereta lagi sampai.
Sempatlah selfie

Nak jugak erk gambar sorang!
Okey, tanda hadir.

Dah cukup satu team.
Ni semua team maintenance pastu tambah sorang partner adam.
2 orang yang pakai jeans tu foreign tau. 

Jom mulakan perjalanan. Kiteorang naik ikut depan.
Nanti akan ada laluan disebelah kanan sebelum sampai ke rumah api.
Kiteorang lalu ikut laluan tu sebab nak panjat batu yang berwarna putih tu.

Sampai!! Tak silap dalam sebelum pukul 8pagi dah sampai atas ni.
Sampai atas ni dah penuh dengan para hiker yang lain.
Padat jugaklah.

Leklu, posing duluan.

Yes! dapat tambah kawan baru.
Nilah partner adam.

Selfieee! kiteorang bz bergambar ramai ramai.
Si Adam busy bergambar dengan partner dia kat belakang tu.

Nak jugak gambar sorang sorang.
Goyanglah jugak nak berdiri kat atas batu ni. 

Posing gambar duduklah sekeping. Penat berdiri.
Angin kat atas ni sejuk je walaupun matahari dah mula naik

Jom teruskan perjalanan ke peak lagi satu.
Yang ni laluannya landai je tapi agak keliru sikit.
Silap jalan boleh sesatlah jugak.

Tadaaaa! Inilah satu lagi peak Bukit Batu Putih.
Serius cantik gila view kat sini. Kebetulan air surut, 
so bolehlah turun ke bawah tu.

Free style katanya. 

Nampak tak batu batu kat belakang tu.
Waktu air surut, kat bawah tu boleh nampak jalan untuk ke perigi tau.

Tadaaa.. dah selamat turun dengan jayanya.
Masing masing kepenatan tapi muka banyak happy erk.
Rehat jap, sebelum mula aktiviti mandi pantai dan bbq plak.

Selfie! Okey cukup 1 team.
Naik atas banyak ni dan turun bawah juga sebanyak ni.
Takde lebih dan takde kurang erk.


Nak jugak selfie sorang

Nak jugak gambar sorang.
Bolehlah buat kenang kenangan.

Cantik sangat view kat sini.
Tak puas nak bergambar.

Okey, bentang tikar, hidupkan api, mula bakar bakar.
Relaks, santai santai dihujung minggu bersama kawan kawan sekerja.

Sementara diaorang mandi laut,
sempatlah aku layan perasaan sekejap waktu ni.
Layan jiwa bosskur.

Banyak lagi sebenarnya gambar yang ada tapi biarlah disimpan untuk tatapan sendiri plak. Beberapa keping yang aku masukkan dalam ni bolehlah dijadikan kenangan bersama. Manalah tahu, suatu hari nanti akan tertengoklah dan semestinya akan kembali teringat. 

Rindu pulak nak hiking. Last aku hiking 2hari sebelum PKP dulu. Lepas pada tu dah takde hiking sampailah sekarang. Dah lama aku gantung kasut sampaikan kasut tu aku pun dah lupa mana aku gantung. Entah muat lagi dipakai ataupun tidak. Takpelah, tunggu anak solehah aku besar sikit. Nanti aku ajak anak aku hiking. Nanti boleh jadi geng hiking ibu. Semoga aku dapat kembali hiking seperti dulu dulu. Aktiviti hiking ni merupakan salah satu aktiviti kegemaran aku. Aku rasa gembira dan bahagia setiap kali dapat hiking. Satu kepuasan yang tak dapat aku nak ungkap denga kata kata. Walaupun hiking ni bermandi peluh perah keringat tapi tulah, aku suka. Aku tenang melihat alam semula jadi. Aku suka dengar bunyi unggas rimba. 

Tiada ulasan