Aku ada bukak satu komen tadi dari entri lama. Yes, entri lama yang sememangnya dah lama sangat. Entri zaman aku study dulu. Dah buka satu entri, aku buka lagi satu entri, lepas tu buka lagi satu entri dan lagi dan lagi. Aku buka dan baca entri entri tersebut. Terbit sejuta perasaan dalam hati aku. Ada rasa rindu, ada rasa sedih, ada rasa lawak dan juga ada rasa sakit hati. Paling ketara rasa yang ada adalah rasa sedih dan rindu. Wah, tak sangka dah beberapa tahun aku tinggalkan dunia belajar.
Aku terus masuk ke alam pekerjaan lepas habis belajar. Waktu konvo pun aku tak join tau sebab waktu tu aku hanya fikir pasal kerja dan nak cari duit. Tulah, sakarang ni rasa menyesallah plak sebab takde gambar pakai jubah dan ambil skroll. Tapi takpelah, apa yang jadi pasti ada hikmahnya Yang penting aku berjaya habiskan belajar tu. Alhamdulillah.
Beberapa tahun aku kerja dalam bidang yang aku belajar. Alhamdulillah, aku happy sangat dengan pekerjaan aku. Aku dikelilingi kawan kawan yang baik, yang sentiasa tolong aku. Maklumlah, aku ni sorang sorang merantau ke Seremban waktu tu. Takde saudara mara aku kat Seremban, memang harapkan kawan kawan jelah. Kiteorang pun dah macam adik beradik. Best, aku suka sangat waktu tu.
Tanpa sedar aku jumpa dengan someone, Waktu tu hubungan aku dengan kawan kawan agak slow sikit sebab aku fokus pada someone tu. Alhamdulillah, akhirnya someone tu dah jadi husband aku. Lepas kahwin, dunia aku hanya pada kerja dan family je. Aku dah kurang hang out dengan kawan kawan. Aktiviti hiking aku pun dah terkubur waktu tu. Huhuuu... dua tahun kahwin, aku dikurniakan seorang anak solehah yang comel dan cerdik.
Waktu usia anak aku 8bulan, tempat kerja aku tukar nama. Department aku ditutup dan aku ambil keputusan untuk diberhentikan dengan pampasan. Company ada offer aku untuk pindah department lain tapi aku taknak. Aku sayang weh semua machine yang ada dalam department aku tu. Dari mula machine tu sampai aku dan team yang bertungkus lumus pasang, setting dan repair apa yang patut. Serius aku sayang giler machine machine yang ada. Bila dah tukar owner, deparment tutup, machine machine dalam tu dijual semula so aku rasa sedikit terkilan, sedih. Hari last dalam department tu, diaorang sedih nak berpisah sesama sendiri, aku pulak sedih nak berpisah dengan machine machine tu. Hahaaa pelik tapi tulah hakikatnya!
Sebulan sebelum aku diberhentikan, ayah aku meninggal dunia. Aku terkilan aku tak sempat menatap ayah untuk kali terakhir. Serius cakap, sampai hari ni aku rasa terkilan tu. Terlalu banyak kejadian yang berlaku dalam masa yang singkat. Tu salah satu sebab kenapa aku rela ambil keputusan diberkentikan kerja waktu tu. Aku fokus pada family. Masa aku 24jam kat rumah jaga anak, layan kerenah anak solehah aku.
Sekarang anak aku dah usia 2y3m. Aku ambil keputusan untuk kembali bekerja. Tapi masih belum ada rezeki aku. Takpe lah, sementara takda tawaran kerja lagi, aku habiskan masa sebaiknya dengan anak aku. Nanti dah mula kerja mesti dah tak banyak masa dengan dia.
Dalam masa beberapa tahun ni, banyak benda yang berlaku. Kekadang bila aku fikirkan balik seakan tak tertanggung tapi cepat cepat aku be positive. Apa yang jadi pasti ada hikmahnya! follow the flow. Doakan semoga aku dapat kerja kembali ye. Semoga dapat tawaran kerja yang aku nanti nantikan tu.
Baca ni rasa macam ikut naik roller coaster emosi, rindu, sedih, sampai sayang mesin pun buat aku sebak 🤖💔. Moga rezeki kerja tu sampai tepat pada masanya, mungkin mesin-mesin baru pun tengah tunggu kau kat tempat baru nanti!
BalasPadamHarap harap lepas ni dapatlah jugak bekerja dengan machine.
PadamInsyaAllah.. Sha doakan semoga sis dikurniakan perkerjaan yang baik tepat pada waktunya.. Aamiin..
BalasPadamAamin. Terima kasih atas doanya sis.
Padaminsya-Allah, kita merancang, tapi tuhan yang menentukan...
BalasPadamsemoga ada rezekinya nanti...rezeki yang balik besar, waktu golden hour anak tu, sis dapat sepenuhnya dengan dia...Alhamdulillah
Aamin Semoga ada rezekiuntuk kembali bekerja lepas ni.
Padaminsyaallah ada rezeki nanti tu..terus panjatkan doa dalam solat Aien...
BalasPadamTerima kasih atas doanya Kak SA
PadaminshaAllah moga dipermudahkan urusan Aien. Allah susun sesuatu tepat untuk kita inshaAllah..
BalasPadamBetul tu. Apapun, be positive.
PadamSemoga dipermudahkan segala urusan aien🤲🏻 insyaAllah setiap yang berlaku itu dah teratur cantik dengan hikmahNya.
BalasPadamKadang memang rindu zaman yang dah berlalu tu…tapi waktu sekarang lebih dihargai…
Betul tu. Hargai waktu yang sedang kita lalui sekarang.
PadaminshaAllah mesti Allah tahu apa yg terbaik utk kita.. k.ana doakan moga segala urusan Aien dipermudahkan utk hari-hari mendatang aminnnnnnnnn
BalasPadam