Kisah "Saing Kawe"

SAING KAWE (TAK BACO RUGI BESAR)

Saing kawe,
Baik buruk saing kawe,
Tolol bengong pun saing kawe,
Nakal dan jahat tetap saing kawe,
Hok lebai ada jare jare,
Hok jahil sekeliling pinge,
Hok tak tahu gapo satu bertunggang lange,
Itulah saing saing kawe,

Saing kawe
Ada hok buleh tumpe,
Ada hok suka amik kesempate,
Ada hok make dale,
Ada hok suka cice alik belake,
Ada hok mace harima bele,
Dan ada hok jenis make ore,
Itulah saing kawe,

Saing kawe
Hok cidik tokleh nak tumpe,
Hok bodo tindih di perase,
Hok bengong jadi mat gie,
Hok tolol curi aye ore,
Hok lebai kade kade tak smaye,
Hok jahil sapa masjid dia ile,
Itulah saing saing kawe,

Saing kawe
Bukan semuanya tokleh tumpe,
Ada jugak masa kawe susoh dia bui tumpe,
Time kawe seney di hile,
Time tts berebut dia belanja make,
Masa kawe nak bayar dia menolak smace,
Kade kade kawe kata blakam pare,
Itulah saing kawe,

Saing Kawe
Ado hok pah ko hidup sore,
Ado hok dok gilo ko ore buje,
Ada hok bini sore,
Ada hok bini lebih pado sore,
Macam macam jenis saing kawe,
Dan itulah saing kawe,(TAK BACO RUGI)

Saing kawe
Alik sana ada hok seney,
Alik sini dok berkube lembe,
Mari alik depe nampok come,
Tengok kot blake super sete,
Nampok huduh tapi baik punya ore,
Itulah saing kawe,

Nukilan kawe
Berjudul : SAING KAWE


Take Note : Salah seorang rakan sekelas waktu Wireman dulu hantar kata kata ni dalam group. Bila dibaca dan dihayati.. seakan betul. Huhuuu... mendalam maksud yang cuba untuk disampaikan tu. Semoga persahabatan kami semua kekal sampai Syurga.

2 ulasan

  1. insyallah. persahabatan dibina dengan ikhlas pasti kekal. agak amek masa nak baca tu ada yang kena ulang2 sebab x brapa faham hehe..

    BalasPadam
  2. terbaek.. susah nak cari kawan yg betul2 bergelar sahabat..

    BalasPadam