Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Dimana Letaknya Syurga Suami

Syurga anak, dibawah telapak kaki ibunya,
Syurga ibu itu pada suaminya,
Syurga suami pula dimana letaknya ?


Persoalan ini muncul saat saya membawa emak berubat pada seorang ustaz di Taman Kosas, Ampang. Sambil berubat ustaz ini memberi tazkirah yang sangat memberkas di hati, tak sedar bergenang airmata saat mendengar tazkirahnya.

Bermula dari kasih Adam dan Hawa di Syurga, sehingga dicampak mereka ke dunia kerana hasutan iblis. Kemudian sampai pada bahagian suami isteri, kata ustaz, Syurga anak itu pada ibunya, Syurga ibu itu pada suaminya..lalu Syurga SUAMI itu dimana pula???

Saya menjawab: Pada ibu nya

Ustaz menggeleng sambil tersenyum.

Ustaz : *SYURGA SEORANG SUAMI ITU...PADA TANGGUNGJAWABNYA!!*

Saya terkesima mendengar jawapan tersebut.

Ustaz menyambung: Suami itu syuganya pada Tanggungjawab yang ada dibahunya. Sediakan nafkah ZAHIR dan BATIN. Sediakan rumah walaupun hanya rumah sewa, sediakan pakaian walaupun yang murah2, sediakan makan untuk anak isteri walau tak mewah. Asalkan sedia semua itu untuk ISTERI dan anak2.

Jika Isteri yang menyediakan rumah, yang membayar hutang rumah, HARAM suami itu tinggal didalamnya. Jika ISTERI yang membayar bil eletrik rumah, Haram cahaya itu untuk suaminya..Jika ISTERI yang menanggung biayai makan dan keperluan asas di rumah, haram suami itu memakannya....KECUALI, si isteri Redha dan berniat untuk membantu suaminya, membantu Syurganya itu. Andai dia tak redha, berdosa besar Sang Suami itu.

Kata ustaz lagi, di Makhamah Syariah bersusun kes penceraian yang kebanyakannya berpunca dari kurangnya tanggungjawab seorang suami. Semuanya isteri yang bayar, semuanya isteri yang uruskan...maka suami itu hilang kewibawaannya, tidak berperanan sebagai KETUA KELUARGA yg selayaknya.

Maka pada lelaki2 semua, sebelum memasang angan untuk menikah, ataupun kini sudah menikah, ingatlah Tanggungjawab yang bakal kalian pikul atas pundak kalian. Dan dengan tanggungjawab itu kalian akan diperhitung dan dipersoal didepan Allah kelak. Ada sesetengah lelaki yg sy pernah dengar dn jumpa, yg mencari calon2 isteri dari wanita berpangkat besar, kerja dan gaji besar, atas alasan utk menumpang kemewahannya, atas alasan nak cri jalan pintas untuk hidup senang.....sedih dengar :

Buat wanita2, cri jodoh bukan pd harta seorang lelaki, tapi pada NILAI TANGGUNGJAWAB nya. Meski tak mewah, dia akan tetap berusaha memberikan semua tanggungjawabnya pdmu, dia berusaha mencukupkan semua keperluan keluarganya dengan tulang 4 kerat dan tenaganya. Itulah suami dn lelaki terbaik sebagai sandaran untuk Syurgamu^_^


Sumber : fbNurulHallawati

Tiada ulasan