Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Situasi Dalam Kelas Yang Biasa Dialami

Memegang jawatan sebagai seorang pendidik tidak akan pernah lari dari ragam dan kerenah pelajar. Tidak kira pelajar di peringkat rendah ataupun menengah. Rasanya situasi yang hampir sama sahaja yang dilalui oleh hampir kesemua pendidik.

☺ Murid oh murid. Kadang kala sikapmu membuat cikgu terhibur. Cikgu aman bahagia mengajarmu. Namun, ada kalanya juga sikapmu itu mampu membuat cikgu bertukar menjadi singa.

👉Situasi dalam kelas yang sering kita hadapi.

👉 Situasi 1
Murid : Cikgu, kena salin ke yang dekat papan tulis tu?
Guru : Ehhh, tak payah salin. Tengok je, lepas ni angkat whiteboard ni pergi fotostat dekat pejabat.

👉 Situasi 2
Murid : Cikgu buat sekarang ke?
Guru : Tak. Buat tahun depan.

👉 Situasi 3
( guru sedang menulis di wreenboard)
Murid : Cikguuuu tepi sikit. Tak nampak.
Guru : . . . . .

 👉 Situasi 4
Murid : Cikgu kalau tak cukup boleh sambung muka surat sebelah tak?
Guru : Tak boleh, sambung kat meja. Tak pun sambung kat atas baju kamu.

👉 Situasi 5
Guru : Siapa dah siap?
Murid : Saya belum lagi cikgu!
~~~
Guru : Siapa belum siap?
Murid : Saya dah cikgu!

👉 Situasi 6
Guru : Ok, buka muka surat 58, baca dan catat dalam buku nota mengikut pemahaman kamu sendiri.
Murid : Cikgu, kena baca ke?
Guru : Dak, tak payah baca. Koyak muka surat tu. Bubuh dalam air, lepas tu awak minum air tu..
Murid : Cikgu ni, tanya pun tak boleh....

👉 Situasi 7
Guru : Ok. keluarkan buku dan salin nota kat depan ni.
Murid : Cikgu, salin kat dalam buku ke?
Guru : Tak, salin kat atas dahi kamu.

👉 Situasi 8
Guru : Semua dah dapat kertas soalan?
Murid : Dah cikgu...
Guru : Ok, kamu ada 2 jam untuk jawab soalan peperiksaan ni. Boleh mula sekarang.
Murid : Dah boleh mula ke cikgu?

👉 Situasi 9
Guru : Esok ada jamuan raya jd esok datang sekolah pakai baju raya.
Murid : Cikgu, esok ada pj, nak kena pakai baju pj tak?
Guru : Ya Allah, ampunilah dosa hamba Mu ini...

👉 Situasi 10
Guru : Masa ada lagi 15 min. Siapkan latihan sekarang dan hantar.
Murid : Cikgu, kalau tak siap?
Guru : Buatla dulu, baru tahu siap ke tak...
Murid : Kalau tak siap jugak?

👉 Situasi 11
Guru BM : Buat latihan pengukuhan ni dalam buku kamu.
Murid : Cikgu, buat latihan ni dalam buku apa?
Guru BM : Buat dalam buku matematik, ye....
( Faham pulak... terus keluarkan buku BM )


 Sesungguhnya mendidik memerlukan kesabaran yang tinggi. Semoga segala usaha para guru diterima sebagai satu ibadah dalam mencari redha dan rahmat Allah swt.

2 ulasan