Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Cara Didik Anak Dengan Betul

Anak, seperti kita sudah ketahui, lahirnya seorang bayi adalah seperti kain putih, kita yang mencorakkannya, kita yang melenturkannya dan kita yang membentuk acuannya.

Zaman moden kini, ramai kita lihat diluar sana, makin ramai anak era moden tidak tahu buat kerja kerana terlalu dimanjakan, anak perempuan sudah meningkat umur remaja dan dan boleh kahwin, tetapi tidak pernah lakukan kerja rumah.

Ada anak lelaki yang sudah besar, tetapi nak tolong ibu dan ayah bukan main malas sedangkan mereka tahu, kedua orang tua itu yang membesarkannya, sanggup berkorban, berpajak gadai membesarkan kita.


Didik anak menjadi "Hamba"

Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi

°Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone..

°Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai2 sebab terpaksa.

°Tak kurang juga anak lelakinya, mana mahu nak buat kerja2 perempuan?
Budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang.

Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" sedari kecil

Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka

Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka
Alasannya?

"Kesian anak tu kecik lagi.."

"Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"

"Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi "hamba" anak sampai ke tua.

Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak menyusahkan mak pak. Ini terjadi dalam dunia masa kni

Baju laki bini anak beranak mak basuh

Makan laki bini anak beranak mak masak

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedar kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa

Mereka akan buat secara terpaksa

Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka dan yang akan menjadi hambanya ialah mak pak mereka.

Sementara si anak sedap menggoyang kaki

Jadinya. Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya.
Bila besar mereka akan mampu berdikari


Usah terlalu kasihankan anak

Jangan terlalu memanjakan anak

Ajar mereka erti susah payah sejak kecil

Ajar mereka tentang kerja rumah

Ajar mereka erti kehidupan

Pupuk kesedaran dalam diri mereka

Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah.

Didik mereka tentang pentingnya kebersihanYang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang.

Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik

Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba

Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita

Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA.



Penting bagi seseoran ibubapa mendidik anak anak dengan tangguangjawab sedari kecil. Memanjakan anak anak ibarat raja akan membinasakan .Sayagilah anak anak dalam mendidik bukan merosakkan.

Tiada ulasan