05 Ogos 2017

Urusetia Majlis Konvokesyen 2017 #HariPertama

Assalamualaikum. Alhadulillah, masih berkesempatn untuk blogging malam ni. Sungguh kalau ikutkan badn sememangnya tak larat. Kalau boleh, nak tidur terus, rehatkan badan tapi mata tak nak terpejam. Lalu aku pun buka blog dan blogging.

Hri ni, hari cuti. Tapi agak meletihkan sebab aku dan kelas terlibat dengan majlis konvokesyen IKTBN/IKBN Se-Malaysia yang dijadualkan akan berlangsung pada 7 & 8/8/2017 bertempat di PICC, Putrajaya.

Aku dan ditugaskan mengurus bahagian jubah pelajar yang dianggarkan 4000 orang. Fuhhh ! Penat jangan ditanya. Letih jangan dipersoalkan.

Untuk hari ni, kerja kami bermula seawal jam 8pagi lagi. Kami angkut setiap kotak-kotak yag mengandungi jubah pelajar yang telah pun siap digosok. Kotak-kotak berkenaan dimasukkan ke dalam lori untu dibawa ke PICC. Penat, hampir 30 kotak kesemuanya. Selain kotak ada lagi beberapa barang lain yang perlu kami bawa. Okay, siap angkut barang kami terus gerak ke PICC.

Di PICC, kami angkut dan punggah kotak-katak tersebut ke dalam dewan pula. Perhhhh time ni jgan ditanya. Lobi untuk loading barang tu sangatlh jauh dari dewan yang kami guna. Berpenat lelah jugak.



Keadaan dewan sebelum kami sampai kosong sekosongnya. Bolah dibuat permainan badminton dalam dewan tertutup ni. Huhuuu..



Setelah berpenat lelah, sedikit demi sediit dewan dipenuhi dengan barang-barang yang akan kami gunakan untuk majlis konvokesyen itu nanti. 







Sebahagin dari kerja kami yang telah siap. Okay selesai sebabak untuk hari ni. Esok pagi, proses pendaftaran dan pembahagian jubah kepada graduan akan barmula. Semoga esok berjalan lancar



Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

2 ulasan:

  1. mesti penat kan jadi urusetia..

    BalasPadam
  2. Seronoknya....saya suka je adhoc...hihi

    BalasPadam