Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Sebab - Sebab Kenapa Pakai Motor Jauh Lebih Mudah Berbanding Dengan Kereta

INI ANTARA SEBAB-SEBAB KENAPA PAKAI MOTOR JAUH LEBIH MUDAH BERBANDING DENGAN KERETA

Zaman sekarang ni memang hampir semua individu mempunyai kereta. Jalanraya pun sudah makin sesak, penuh dengan kenderaan. Kalau pergi shopping mall, 15 ke 20 minit akan terbuang sebab tak ada parking, betul tak?

Sebab tu lah kadang-kadang aku akan ambil public transport je untuk kemana-mana. Tapi leceh menunggu pulak. Yang ada motor tu, lagi senang. Pakai helmet pastu terus gerak! Fuh senang kerja.. Aku nak bagi tahu sikit kenapa kalau pakai motor lagi senang berbanding kereta. Sebab….

1. Banyak duit boleh ‘save‘ dengan penggunaan minyak yang berpatutan

Maklumlah sekarang ni kan dengan harga minyak yang tak menentu, sekejap naik sekejap turun. Baik korang cari jalan yang terbaik untuk selamatkan duit korang daripada habis dekat minyak.

Dengan penggunaan motor, korang bolehlah buat simpanan sikit. Walaupun tak banyak disebabkan komitmen lain, ada lah juga duit simpanan setiap bulan betul tak? Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, gittew!

2. Jimat masa kalau nak pergi kemana-mana. Ini yang penting!

Trafik dekat mana-mana pun memang teruk gila pagi-pagi. Ugh.. lagi-lagi kalau yang bawak kereta tu, goodluck la nak sampai office awal. Stuck dalam jammed je dah lebih dari 40 minit walaupun rumah sejengkal je. Aiyoyo!! Itu pentingnya ada motor, kalau ada meeting pagi-pagi korang memang takkan pernah lambat hehe. Right on time!

3. Senang jaga, low maintenance

Kalau pakai kereta memang maintenance tinggi sangat. Servis kali pertama dah berapa ratus, road tax, insurans memang sangat tinggi. Kalau tak ada kerja yang tetap atau financial yang tak stabil, aku sarankan korang jangan pakai kereta huhu.

Kalau pakai motor, sekurang-kurangkan servis pun tak mahal, road tax pun murah je. Senang jaga pulak tu. Untuk remaja yang baru mula kerja tu, bolehlah pakai motor dulu sebelum ada plan nak beli kereta ye. Make sure korang stabil dulu.

4. Tak perlu bayar tol. Yehaaa! Ini yang paling aku suka!

Komitmen untuk yang pakai motor ni sebenarnya sangat rendah tau. Hanya bayar motor, road tax dan minyak je. Tol tak payah bayar pun hehe. Kalau tengok yang ada kereta tu, macam-macam benda kena bayar, nak jalan jauh sikit je tapi dah kena tol lebih dari RM 30. Pehhhh! Koyak poket macam ni! Baru nak simpan duit dah kena keluar duit untuk tol. Urrrghh!

Take note : Ini untuk penunggang motor cc kecik sahaja ekk... kalau dah pakai cc besau aka superbike tu dah kire lain cite...hahaha...aku pon pkai motor cabuk je...kbaiii


#kopipes

Tiada ulasan