Tidak lengkap memakai alat solek tanpa calitan gincu pd bibir kerana warnanya mampu menyerlahkan bg kejelitaan seseorang.
Namun, tidak semua gincu sesuai dgn warna kulit. Jika tersilap pilih, ia pasti akan mencacatkan penampilan sehingga anda menjadi kurang selesa utk berhadapan dgn orang ramai.
Berikut merupakan tips pemilihan warna gincu mengikut kesesuaian rona kulit yg boleh dipraktikkan utk melengkapkan gaya.
1.Kulit Cerah
-Bg individu yg berkulit cerah, mereka sngt sesuai memakai gincu berwarna kulit (nude), merah jambu atau coklat terang. Selain itu, anda juga boleh mencuba rona mocha dan pic lembut atau merah jambu pucat. Sememangnya, rona kulit dan warna lembut sngt sesuai bg individu berkulit cerah kerana ia kelihatan lebih semula jadi serta segar.
2.Sawo Matang
-Warna-warna yg sesuai utk mereka yg mempunyai kulit sawo matang ialah rona kulit (nude). Bg memberikan seri pd wajah dan tidak nampak terlalu pucat, anda disaran memakai pemerah pipi dan pembayang mata. Warna merah jg akan menjadikan kulit sawo matang kelihatan lebih cerah. Artis Hollywood menyukai warna merah kerana ia memberikan gaya sofistikated dan elegan. Tidak terkecuali, warna pic dpt membuatkan wajah kelihatan cantik natural. Selain itu, anda jg boleh mencuba warna magenta utk memberi kelainan kpd penampilan.
3.Gelap
-Wanita berkulit gelap sangat sesuai utk menggunakan gincu berona merah kerana ia mampu menonjolkan imej lebih seksi dan mempunyai daya tarikan tersendiri. Gincu rona coklat jg sesuai dipakai tetapi gunakan warna lebih lembut utk gaya ringkas dan sederhana. Walaupun anda berkulit gelap, merah jambu lembut jg sesuai dipakai.
*GINCU merah membuatkan kulit sawo matang kelihatan lebih cerah ~
*WANITA berkulit cerah sangat sesuai untuk memakai gincu warna merah jambu ~
Sumber : Jelita
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Suka pakai pink.. Nampak natural je.. Hehehe.. Yips yang menarik..
BalasPadamX pakai gincu pun..mls😂
BalasPadamthanks for sharing awak. elsa jarang pernah dapat warna gincu yang sesuai haha. tiap kali beli mesti tak padan. elsa failed sikit kalau pilih barang makeup nie huhu
BalasPadam