Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

8 TIPS KAWAL STAMINA SEMASA HIKING.

8 TIPS KAWAL STAMINA SEMASA HIKING.

Secara umumnya, anda perlukan routine cardio yg kerap, Pemakanan yg seimbang dan gaya hidup yg sihat untuk meningkatkan stamina dari masa ke semasa. Bagi mendapatkan permulaan stamina yg baik anda boleh melakukan : Joging, Berenang, Badminton, Futsal, zumba dan lain-lain sukan yg dapat meningkatkan stamina awal.

Salah satu cara untuk mendapatkan stamina pada permulaan :

1) Pilih sukan yg sesuai dgn minat anda yg boleh meningkatkan stamina untuk dilakukan secara routine.
(bila anda minat mesti kerap anda akan melakukan)

2) Mula dengan makanan yg seimbang. Senang cerita anda tahu apa yg ada makan setiap hari. Sentiasa berfikir kalori yg anda bakar setiap hari sama tak dengan pembakaran kalori harian anda. (Telan bnyk tpi bakar sikit tak guna jugak)

3) Bnykkan minum air masak. Bersukan kurang tpi pegambilan air gula berlebihan, Kerja pulak 8jam duduk depan komputer, balik2 tahu nk tido. Ulang routine hidup mcm tu 5 hari, pastu hujung minggu hiking x de stamina claim kata 10thn dh x berusukan.

Ok bila anda dah hadam basic starting di atas baru kita ke CARA MENGAWAL STAMINA semasa hiking.

1) Starting je nak gerak mendaki! ingat!! Jgn follow mereka! biarkan mereka yg laju, mereka budak2 muda x pon biarkan stamina kuda mereka dengan geng padu mereka.

2) Langkahkan kaki anda dengan tenang. Layannnnn je perlahan-perlahan. Biar lambat janji bergerak.

3) Tenangkan fikiran! stamina anda bnyk habis sbb asyik berfikir untuk mengejar yg depan! layankan fikiran anda. Tenangkan otak dengan menghayati keindahan alam. Jgn risau, anda mempunyai sweeper!! dia lah org yg terakhir akan membawa anda tiba di puncak.

4) Kawal nafas dengan teratur.Cuba nafas menggunakan hidung. Sewaktu perjalanan mendaki kawal nafas dengan cara tarik nafas dalam2, hembus perlahan menggunakan hidung. Susah-susah time mendaki ketip bibir untuk elak nafas menggunakan mulut. Memang cepat pancit kalau dh start nafas ikut mulut.

5) Minum air jgn terlalu bnyk sewaktu mendaki.

6) Jgn duduk terlalu lama. Nanti anda terlalu selesa dan malas untuk sambung pendakian.

7) Kurangkan bercakap semasa perjalanan. Nak sembang2 bawang tunggu smpi puncak.

8) Bawa barang keperluan yg ingin digunakan sahaja. Barang yg perlu dibawa itu ialah BARANG KEPERLUAN. BUKAN BARANG KEHENDAK. Kalau bawak fondation, barang makup atau helmet ARAI semasa mendaki, seeloknya bawa lah sekali mesin fax bersama.

Ok itu antara tips semasa pendakian yg boleh saya sharing setakat ini. TIPS ini x valid pada mereka yg mempunyai penyakit asma lelah xpon mereka yg nk meningkatkan stamina sewaktu mendaki. Jika anda mempunyai tips tambahan, komen dibawah untuk kita kongsi bersama yg lain.

Credit : MALAYSIA PRIMITIVE



2 ulasan