Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tips Mendaki Gunung Trip Yang Panjang


30 TIPS GUNUNG TRIP PANJANG


#1 Sebelum 2 Minggu Trip amalkan Sarapan Pagi Telor Separuh Masak Protien untuk Muscle.

#2 Sehari sebelum trip minum air garam segelas untuk mengelakkan Badan yang kurang garam, avoid Krem Muscle Pain.

#3 Jika tidak mampu nak minum Air Garam segelas amalkan 100 Plus 3 Hari berturut sebelum trip. Badan sudah mula proses sebelum digunakan.

#4 Dapatkan pace sendiri. Trek mendatar menaik dan menurun. Jangan ikut pace orang lain jika boleh mendatangkan injury kepada diri sendiri.

#5 Tidak semua orang mampu ikut pace slow dan laju. Momentum yang berubah ubah hanya kepada yang sudah biasa dan mampu menahan mental.

#6 Perjalanan Trip Panjang memerlukan semangat yang tinggi dan menjiwai pada setiap perjalanan.

#7 Pelbagai cara, paling utama menjaga mental supaya tidak rabak dan barai sepanjang ekspedisi.

#8 Hiburkan diri dengan menikmati alam ciptaan Tuhan. Melihat flora dan fauna. Bertanya dan mengkaji dengan yang lebih berilmu.

#9 Belajar dengan melihat dan bertanya paling utama. Ambil ilmu sebanyak yang mungkin. Tak apa, jangan malu untuk menimba ilmu.

#10 Belajar dan terus belajar, bentuk permukaan bumi, aliran sungai, permatang, hutan denai, tapak & najis binatang.

#11 Cari Beg yang paling sesuai dengan saiz & torso. Trip Panjang memerlukan saiz beg yang lebih besar dengan membawa barang sendiri dan company.

#12 Tips mengelakkan injury, mulakan dengan langkah perlahan sehingga badan mula panas. Selalu terjadi krem & injury apabila memaksa badan.

#13 Apabila menaik gunakan langkah kecil dan setiap langkah bernafas melalui hidung dan hembus. Praktikkan dan akan dapat pace sendiri.

#14 Recover lenguh kaki ketika naik bila melalui jalan mendatar dengan langkah besar dan laju. Lembut kaki supaya lenguh tadi berkurangan.

#15 Ketika menurun, kengkangkan kaki sedikit supaya badan & beban yg anda pikul stabil. Turun dengan cara mengiringkan badan untuk menjaga lutut.

#16 Banyakkan bernafas tarik dalam-dalam, jantung dan darah memerlukan oksigen yang cukup ketika sedang aktif.

#17 Sediakan ORS sebagai emergency jika mengalami krem dan ketika banyak berpeluh. Badan memerlukan apa yg diperlukan. Jangan pandang remeh.

#18 Ketika di dlm hutan, kita sedang survive utk diri sendiri. Fasa kita memerlukan persiapan rapi. Kaji semula apa yang diri sendiri perlukan.

#19 Jika tidak tahan dengan sejuk, bawa plastik sampah atau emergency blanket. Bawa emergency ration yang cukup. Kaji diri memerlukan tenaga.

#20 Makan yang cukup jangan sesekali skip makan walaupun letih. Recovery sewaktu tidur adalah penting utk tenaga keesokan harinya. Makan! 👌

#21 Nutrition perlu dikaji untuk tenaga lebih banyak yang diguna pakai. Kebanyakan pendaki yang memikul beg berat makan tak ingat dunia! 😁

#22 Susun beg dengan cara yang betul. Susunan beg memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan injury pada badan lenguh pinggang dan bahu.

#23 Tips penting, jangan minum air terlalu banyak ketika on trek. Badan bekerja lebih ketika minum air terlalu banyak dan cepat keletihan.

#24 Recovery, minum air banyak ketika di kemsite dan sebelum tidur. Minumlah air sebanyak yang mungkin mengelakkan berlaku rehydration.

#25 Pakai kasut yang paling sesuai & tidak menganggu perjalanan. Bawa bedak yang menggunakan kasut mahal dan stokin lebih selain kasut getah.

#26 Bawa Bonjela untuk kaki yang jenis lembut dan cepat melecet. Celahan kangkang dan lain-lain.

#27 Try and Error, survival kit. Plastik sampah boleh mengurangkan sejuk daripada angin dan hujan yang boleh mendatangkan Hypothermia.

#28 Bawa extra bateri headlamp untuk emergency dan lain-lain. Benda penting harus dititik beratkan dan tidak menyusahkan diri sendiri.

#29 Trip sukses adalah pergi dan pulang dgn selamat. Team work amatlah penting. Patuhi arahan guide & gogo untuk keselamatan seluruh team.

#30 Sayangi sahabat pendakian, yang lemah dibantu. Pulang dengan kasih sayang dan hargai setiap kenangan yang telah tercipta. All the best!

P/S: Training amatlah penting sebelum ekspedisi. Muscle ready untuk trip panjang dan untuk memikul beban. Jaga sampah, pendaki sejati menjaga sampah kerana menghormati alam ciptaan Tuhan. 😉👌

Source:
Credit : Anastasia Azlan
Warisan Khazanah Pergunungan.



3 ulasan

  1. banyak tips gak terbaik sharing ain

    BalasPadam
  2. boleh pakai nanti tips ni kalau nak mendaki gunung...

    BalasPadam
  3. sangat banyak tips nya...tq..sebagai persediaan saya nak naik gunung jugak ya..

    BalasPadam