Assalamualaikum
Hiking. Itu merupakan salah satu hobi dan juga minat aku. Bagi aku dengan hiking, aku dapat satu kepuasan. Kepuasan yang macam mana? Entah ! Tak dapat digambarkan. Tapi satu yang boleh aku katakan disini, dengan hiking aku dapat bebas. Lepaskan segala amarah, kepenatan dan tekanan kerja.
Okaylah, untuk pengetahuaan korang, waktu tahun baru haritu, aku dan beberapa orang geng hiking telah berjaya sampai ke puncak Bukit Batu Putih yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Perhhh pengalaman yang tidak dapat aku lupakan. Memulakan perjalanan mendaki seawal jam 5pagi. Sudahlah pada malam tu kami tidak tidur. Syok sangat sambut tahun baru. Huhuuu...
Perjalanan mendaki kali ni agak mencabar. Kami menyusuri denai, persisiran pantai dan terus memanjat. Disebabkan semua lupa nak bawak headlamp/touchlight, maka semua berpandukan cahaya lampu telefon bimbit masing-masing. Bermulaannya, kami meredah pagar, seterusnya turun bukit dan mendaki. Ada beberapa kali kami melalui tempat yang berbatu. Waktu tu suasana agak gelap, jadi aku tidak dapat nak mengagak dimana sebetulnya lokasi kami.
Kalau tak silap hampir satu jam juga kami ambil masa untuk tiba ke puncak. Perjalanan agak lambat sebab kami berhenti di beberapa tempat untuk berselfie. Hahaaa seharusnya selfie. tempat cantik kowt. View yang takkan mungkin kami jumpa di tempat lain. Jadi, sangat rugi sekiranya tidak merakam kecantikan itu. Okaylah, ini sebahagian gambar yang aku abadikan didalam blog ni.
|
My team. The best team. Thanks gais untuk pengalaman hiking kali ini |
|
Suasana pagi. kay, walaupun masih gelap tapi tetap nampakkan. Salah satu kenangan kami. Redah hutan, susuri pantai awal pagi |
|
Peace, posing.. hahaaa layankan aje kami bergambar |
|
Cantik! Pasir yang bersih |
|
Tak kisah kasut basah, seluar basah, redah air, janji kepuasan yang kami dapat |
|
Jumpa gua, singgah bergambar. Okay, selain gua, kami juga jumpa perigi disekitar kawasan ini |
|
Kami tugu Tanung Tuan |
|
Awasi langkah, biar lambat asal selamat. Batu agak licin |
|
Laluan agak berliku, menyusuri pantai jalan berbatu |
|
Yesssss kami berlima. Hahaaa tupai yang jadi jurucamera kami |
|
Yesssza kami di puncak ! |
|
Sempat bergambar berlatar belakangkan rumah api Tanjung Tuan sebelum turun ke kaki bukit |
|
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke bawah. Okay, waktu naik mendaki tadi kami lalu ikut laluan belakang. Redah hutan, susuri pantai terus panjat batu. Perjalanan naik agak sukar, mencabar tapi best. Waktu turun pula, kami melalui jalan yang tidak terlalu extream. Santai-santai je sebab badan pun dah kepenatan. |
eh, kite pun minat hiking jugak, tapi dulu la, zaman belajar dulu, sekarang dah takde geng nak ajak gi hiking, huhuhu
BalasPadamBrp ketinggian bukit ni
BalasPadam