09 Februari 2018

Kenapa Minat Pakaian Bundle

Assalamualaikum..

Hai peminat bundle.. bundle dan bundle.. tapi apa itu bundle?

Pakaian bundle ni sebenarnya pakaian yang terpakai yang diimport dari luar negara seperti US, Jepun, UK, Korea dan negara-negara eropah lain. Pakaian-pakaian ini akan dikumpulkan dan dibungkus dalam guni. Inilah yang dipanggil BUNDLE. Guni-guni bundle ini kemudian akan dijual kepada pembekal secara pukal. Selain daripada pakaian terpakai, ada juga pakaian baru. Kita boleh jumpa pakaian tu siap dengan tagging dia lagi. Kemungkinan besar pakaian ini dibeli dan tidak dipakai langsung atau pakaian ini adalah pakaian reject/ stok lama dari kedai.

Aku merupakan salah seorang peminat bundle. Mesti ada yang tanyakan, kenapa perlu bundle? Kenapa tidak beli baru?

Bagi aku bundle merupakan satu kepuasan. Ini sebahagian dari minat aku. Di kedai bundle kita boleh jumpa pakaian yang satu dalam sejuta kewujudannya. Barang rare bro. Susah nak jumpa di kedai pakaian biasa. Kebiasaannya barang-barang bundle masih cantik, terletak elok. Yang paling penting tahan lasak.

Macam aku, aku suka beli swetter, jeans dan kasut di kedai bundle. Kasut-kasut bundle kebiasaannya unik dan menarik. Walaupun saiznya agak terhad tapi itu bukan satu masalah. Hahaaa aku lebih suka duduk dalam kedai bundle berjam jam bagi mencari kasut/pakaian yang menarik daripada masuk kedai alat solek.

Yang terbaru, dua hari lepas aku habiskan masa hampir sejam lebih dalam kedai bundle semata-mata nak cari jeans. Rambang mata wehhh, jeans semua cantik-cantik, harga pun berbaloi. Ikutkan hati, aku nak rembat tig empat helai tapi nasib baik akal masih waras. Itu semua nafsu. Beli banyak banyak bukan semua pakai pun nanti. Kesudahannya, aku beli dua helai jeans, satu untuk jalan-jalan manakala satu lagi untuk kerja dan sehelai sweater.





Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

4 ulasan:

  1. pakaian bundle yang elok2 dan macam limited edition tu saya minat juga lah

    BalasPadam
  2. Saya pon peminat pakaian bundle! Hehee~ Adakalanya berjenama, dorang letak agak murah sikit berbanding kat luar cuma kena bijak memilih jugak laaa....

    Selalu Nona beli seluor....jeans... or suor kain...huhu~ Sebab tahu, kat luar salu pakai kain je...beli bila terasa suor lama tak muat je..kih3~

    BalasPadam
  3. singgah sini
    di tag : https://belogsjm.blogspot.my/2018/02/segmen-blogwalking-by-zati-15feb2018.html

    BalasPadam
  4. Dulu pernah jugak pakai pakaian bundle ni sebab lain dari yang lain dan tak akan sama dengan org lain.. hehe

    BalasPadam