Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tips Hiking Dan Tersesat Dalam Hutan Ikut Logik Zaman Moden


1. Kalau pergi hiking, jangan lupa bawa parang. Bawa je, pedulikan kata orang disekeliling anda. Yang penting, keselamatan anda. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari, kan.

2. Sentiasa standby lighter dlm beg atau seluar . Tak kisahlah walaupun tidak merokok. Standby kan saja. Sekurang- kurangnya 3 ketul lighter. Alaaa tak mahal pun lighter RM1 je  .

3. Sekiranya terpisah dari kumpulan.  Jangan panic. Ingat jangan ubah lokasi terakhir anda masa pisah tadi. Perkara pertama, kumpul ranting ranting kecil sebanyak yang boleh dan mula menebang kayu.  Sekiranya takut nk bergerak. Tetak pada batang pokok buat marking atau tanda zon kawasan anda.  Seterusnya cari kayu besar besar amik sebanyak mana yang boleh dan letak kat zon terakhir anda sebelum matahari gelap.

4. Amik lighter nyalakan ungun api . Kalau tak reti nak buat. Okay mula-mula.. bakar daun daun kecil dan bila dh berasap banyak  letakkan ranting ranting kecik tu atas daun. Bila agak api dh membesar letak kayu size sederhana dan bila dh terbakar makin marak letakkan kayu size besar.  Tujuaannya  adalah untuk membuat anda standby dan bersedia untuk kedatangan malam dan kadangkala kalau anda tidak gerak pun kalau rescue dtg cari time tu jugak dia boleh kesan anda melalui asap daripada pembakaran yg anda sedang buat tu.
.

5. Amik parang dan potong buluh runcing size batang penyapu. Dan panjang dlm 2 depa .  Runcingkan atau potong bagi tajam mcm tombak. Tu umpama senjata sekiranya sesuatu yang tak diingini muncul.   Jangan takut . Nah amik kata2 motivasi sikit.  Kecil besar bukannya pengukur. Yang penting kau berani mati betempur!.

6. Diwaktu malam pastikn anda dh menyorok dibelakang pokok dan jangan banyak begerak. Takut anda diintip pemangsa. Dan make sure awak dh cek betul2 kawasan yg awak nk buat tempat lepak tu bebas dari lipan atau busut kongkiak.  Dan kalau boleh buat ungun api dekat sikit dgn kawasan pokok tu sebab awak pun takkan sejuk..  dan kenapa kene buat senjata tombak bebanyak?..  Sebabnya  babi hutan tu babi sikit. Dia  akan dtg kalau dia nampak ungun. Kkdg bau asap kayu tu menarik perhatian babi.

7. Dekat kawasan ungun api tu buat satu penanda anak panah  dgn mengunakan buluh runcing kecik. . Tulis jelas atas tanah tepi ungun api Contoh AYAT : .

HELP ME!!! NAMA SAYA BEDAH . DAN SAYA SESAT DAN SAYA ADA  KAT BELAKANG POKOK. SILA JERIT NAMA SAYA SEKIRANYA AWAK NAMPAK TULISAN INI. Awas saya bersenjata tajam. Sila pangil tau.

  Sebab secara logiknya bila kita bersendirian dlm keadaan takut dan lapar. Kkdg kita tidur mati sebab penat sangat.. kang buatnya penyelamat sampai tengah2  malam... dia pegang bahu nak kejut kita . Dan kita pulak terkejut tak ke naya tercucuk org.. so kebarangkalian semua ni boleh berlaku bila keadaan gelap.

   PASTU jgn lupa tau  kat tulisan tu.  awak Bubuh BULUH yg LAMBANG ANAK PANAH MENUNJUK KEARAH POKOK YG MANA  AWAK SEDANG BERADA .  dan Semakin besar tulisan kat tanah tu.  semakin jelas org  nampak mesej awak.

Tujuan buat mcmtu sekiranya rescue team belum sampai. Kkdg ada team atau hikers lain yg melalui kawasan tersebut yang tak tahu menahu berita kehilangan anda. So bila nampak mesej tu dia pun akan dtg dan bantu anda. Perkara ni ikut logik sebab org hiking ni tak tentu masa. Ada yg naik atau turun malam . ada naik siang. So secara tak langsungnya diorg boleh faham situasi  anda dan akan bantu.

Ok itu je.  Ingat!!!  Api itu penting sebab sejuk malam dlm hutan teramat sejuk nak pulak kawasan tepi sungai atau air terjun   dan pastikan perkara pertama yg anda kena buat adalah  buat ungun api . Itu perkara yg paling penting dan pastikan . Perkara ini adalah perkara  pertama sekali yg wajib anda buat sebelum cuaca menjadi  gelap.

Dan pastikan  api tu boleh bertahan selama 10jam . Masa itulah anda kene gunakan segala kreativiti anda utk pastikan cmne cara nak bagi api tu tahan lama.  Hikers kene kreatif sikit jangan terlampau mengharap segalanya disuap kemulut.  Umpama saya bagi pancing awak pandai2lah guna pancing tu utk cari ikan guna cara sendiri.

Cara bagi api tahan sampai 10jam.

-Buat ungun tepi pokok tumbang yg size besar batang pemeluk. Sebab kalau api marak nanti makin dijilatnya balak mati tu .

- buat ungun sebesar ungun. Dan topap2kan dgn batang pokok hidup atau kayu basah . Sebab dia lambat nak keluar api masa memula tapi menghasilkan asap yg tebal sekiranya bernasib baik asap tu juga membantu org kesan kedudukan anda. Selain itu bau asap juga dpt memberikan Hint kepada penyelamat yg anda berada tidak jauh dari lokasi mereka.  So bila habis asap .. Dan selepas tu baru api dia keluar marak. Nampak x betapa mudahnya kalau kita bertenang dan  mengunakan  logik serta akal . Didahului dgn tawakal kepada yg maha esa..


Sumber : MALAYSIA PRIMITIVE (MPTV)


3 ulasan

  1. Wah!! Tips yg berguna.. bln 3 ni AM nak hiking kat gunung jerai.. boleh guna tips nie.. utk sebarang kemungkinan kan?? Terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  2. nice sharing..
    heheh takot plaktersesat..
    sbb tu kalau nak hiking jgn pernah terpisah

    BalasPadam
  3. Nice tips,tapi tak pernah la lagi hiking di kawasan mencabar sampai boleh sesat. Tapi kalau ada pengalaman mesti best juga sebagai pedoman masa depan. Hehe...

    BalasPadam