Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Jangan Hukum Diri Ini

Aku terhukum kerana menyayangimu,
seperti gerimis yang hanya mampu kulihat,
di sebalik jendela dan kau pergi menjinjing,
semangat yang larut dalam deras hujan,
di penghujung perjalanan kita,

Aku pun enggan berterusan menanti,
gerimis ini membasahi laman jiwa,
aku mengejarmu yang tidak juga,
kupaksakan untuk berhenti,
melihat ke dalam diri sendiri,

Kau hukumlah aku kerana menyayangimu,
biar hujan menghilangkan jejak rindu,
hari ini aku nekad untuk terus menantimu,
doaku agar kita bertemu,
walau hanya dalam segumpal mimpi,
tergantung di langit yang tinggi,

Aku harus menunggumu lagi,
kerana itu adalah segunung bahagiaku,
yang mampu kubawa bersama,
dalam cerita lara kita..


1 ulasan