Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Diriku Seorang Pendosa

Sesungguhnya aku menyedari diri ini telah terlalu banyak menyimpang dari landasan yang telah Kau tetapkan. Aku juga tahu apa yang aku lakukan ini salah. Kuat hatiku ini ingin kembali ke arah landasan yang ditetapkan namun sering kali aku tewas. Godaan semakin melekakan aku. Sungguh aku terlalu lemah dalam menhadapi godaan dunia.

Ya Allah, berikanlah hidayah dan rahmatmu kepadaku agar dapat aku melawan setiap godaan yang mendatang. Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke SyurgaMu namun aku juga tidak mahu ke NerakaMu. Semoga diri ini kuat dan tabah untuk terus mengagungkanMu.


2 ulasan

  1. Insha Allah, semoga Allah mengampun semua dosa-dosa hamba-Nya kerana Dia Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang..

    BalasPadam
  2. semoga segala dosa kita diampunkan olehNya, dan semoga kita masih diberi peluang untuk bertaubat..

    BalasPadam