Tiap kali terpandang sleeping beg dan khemah yang ada di sudut bilik , oichhhh sendunya rasa. Terimbas kembali kenangan hiking sebelum ni. Kali terakhir hiking sebelum puasa aritu. Dalam perancangan, bulan puasa stop seketika dan kembali bergiat aktif selepas raya. Namun apakan daya, kita hanya mampu merancang. Lepas raya aku sibuk mengalahkan menteri besar. Setiap hari terover time tanpa sengaja. Huhuuu... Keluar pagi balik malam. Masuk kerja awal pagi balik kerja lewat malam. Hujung minggu pun kena kerja. Kau rasa, ada ke masa untuk aku hiking sekarang ni? Ishhhh...
Aku rindu nak hiking, Rindu bau hutan. Rindu nak bermandi peluh. Rindu nak masuk hutan. Rindu nak panjat batu batu besar. Rindu nak rasai gigitan nyamuk, pacat, unggas. Sungguh aku rindu!!! Terpandang kasut hiking atas rak kasut, boleh plak rasa sendu seketika. Kasut yang banyak berjasa. Bila lagi aaknya aku berpeluang nak pakai kasut tu.. rindu nak hikingg.. rindu hutan.. rindu sungai.. rindu nak rasai kedamaian kehijauan alam. Jauh dari keserabutan kerja. Hurmmm aku rindu...
Bestnya kalau dpat hiking. CR tak berpeluang ag
BalasPadamTrylah ajak kawan kawan pergi hiking. Serius memang puas hati. Best
PadamRabia tak pernah hiking..hehehe.
BalasPadamTrylah hiking. Area Terengganu banyak tempat yang boleh hiking. Bukit Keluang, Besut pun best jugak kalau hiking. View dia cantik
Padamwah. kaki hiking ye.
BalasPadamasben aida pun hiking jugak, ain.
hampir tiap bulan, sekali naik gunung.
aida x join la. jaga anak-anak :)
Bestkan hiking. Dapat rehatkan otak walaupun badan penat.
Padam