Muslim Dilarang Saling Membenci ....
عَنِ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ يَلْتَقِيَانِ فَيَصُدُّ هَذَا وَيَصُدُّ هَذَا وَخَيْرُهُمَا الَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلَامِ
Dari Anas Bin Malik, Nabi SAW bersabda, "Janganlah kalian saling membenci, saling mendengki, saling memusuhi dan jadilah hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal seorang muslim mendiamkan saudaranya lebih dari tiga malam. Jika keduanya bertemu, masing-masing menghindar. Yang terbaik adalah yang memulai salam." (HR Ahmad No: 12875) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Janganlah kita saling membenci antara satu sama lain. Allah jadikan kita sebagai makhluk yang sama taraf. Yang membezakan kita di sisi Allah ialah taqwa
2. Janganlah kita saling mendengki antara satu sama lain.
3. Janganlah kita saling memusuhi antara satu sama lain dengan sebab kita berbeza dan tidak bersetuju.
4. Jadilah kita hidup saling mengasihi antara sesama Muslim kerana kita dijadikan oleh Allah bersaudara.
5. Janganlah kita tidak bertegur sapa sesama muslim melebihi tiga malam.
6. Janganlah apabila bertemu sesama Muslim kita saling menghindar atau menjauhi atau tidak mahu bertegur sapa.
7. Muslim yang terbaik adalah yang memulakan ucapan salam apabila bertemu tanpa mengira siapa mereka.
Allah menjadikan kita berbeza, dari pelbagai kaum dan bangsa untuk saling berkenal mesra bukan saling bermusuh dan berbeza.
Take Note : Alhamdulillah, sempat juga dengar tazkirah walaupun seketika. Terpanggil untuk dikongsi disini bertujuan sebagai peringatan buat diri sendir dan kawan-kawan. Semoga bermanfaat.
Jagalah silaturahim sebaik-baiknya...
BalasPadam