Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tukar Piring Disk Dan Break Disk Motor LC

Assalamualaikum..

Halah.. halahh.. halahhh.. permulaan tahun baru, takkan  jentera kesayangan dah masuk workshop kot?

Ini kisah seminggu sebelum dan minggu pertama tahun baru.

Kisahnya macam ni, dua tiga minggu lepas aku tukar rantai motor satu set. Boleh plak pomen tu terusik papan plat aku. No plat aku sememangnya dah patah, aku letak gam uhu sebab nak jimat kot. Mls nak buat plat baru. Disebabkan pomen tu terusik, terus barai. Perhhh menyirap plak aku. Kebetulan waktu tu dah lewat petang. Bengkel tu plak takde perkhidmatan buat no plat. So mana aku nak cari no plat baru?

 Keesokannya,habis kerja aku pergi mencari kedai motor yang boleh buat no plat mengikut citarasa aku. Yes, aku memang cerewat bab bab no plat motor ni. Hahaaa lantak laaa orang nak cakap apa, janji aku puas hati bila no plat seperti yang aku idamkan tu aku dapat!

Normallah bengkel motor tutup dalam pukul 5ptg.. 6ptg.. macam tu. Aku ni plak, habis kerja pukul 6ptg. So agak payah nak mencari bengkel motor yang buka waktu waktu macam tu. Serius cakap, dua tiga minggu jugak aku habiskan masa untuk cari bengkel motor. Ya laaa dah lepas waktu kerja, berapa banyak je bengkel yang buka. Kebanyakannya dah tutup. Kalau ada yang masih buka pun, design yg diaorang tawarkan tak memuaskan hati aku. Yeyehh aku cerewat teruk!

Hari sabtu, minggu terakhir bulan Disember tahun lepas.. Habis ke waktu kerja aku merayap sekitar Klinik Kesihatan Senawang. Baru teringat dekat situ ada satu bengkel. Bengkel tu aku pernah pergi untuk repair bakul motor. Alamakkk tutup. Hancur harapan aku. Ingatkan bengkel tu buka.

Okay, aku pusing sekitar situ. Nampak satu bengkel, lupa nama apa. Aku pun singgah dan tanya. Sedih, katanya kehabisan stock papan untuk buat plat. Pomen kedai tu cadangkan aku ke sebuah bengkel motor, disekitar situ juga. Kebetulan waktu tu hujan renyai renyai. Aku tak peduli, redah je janji dapat apa yang aku nak. Aku pun pergi ke bengkel yang diberitahu tu, khabar sedih jugak sampai ke cuping telinga aku. Maaf dik, kami tak buat no plat. Cuba awak ke kedai yang bawah tu...

Aku pun pergilah. Nasib baik bengkel tu dekat je. Hahaaa serius, aku macam hati kering terus waktu tu. Dah laaa redah hujan, sorang sorang plak tu. Kebetulan waktu sampai ke kedai tu ada tiga empat orang dalam kedai. Ada yang tengah repair motor, ada yang tengah setting motor. Ada yang tengah berborak, ada yang tengah main fon. Aku pun tak pasti sape owner, sape custmer. Hahaaa compius!

Sampai je kat bengkel tu, semua pandang aku. Pelik barangkali tengok pompuan berhenti kat kedai motor. Tapi takpe, kesah plak aku. Pastu adalah sorang pomen tu tanya apa yang rosak. Aku pun jawablah, kat sini ada buat no plat tak. Katanya ada, design yang macam kat tepi tu. Aku pun laju je tanya, ada tak jenis yg besi. Pomen tu macam tersentak sikit. Kihkihhh.. katanya jenis besi payah nak cari, kalau ada pun mahal lah. Aku macam.. mahal takpe janji lepas ni tak patah patah dah. Pastu katanya, kalau betul betul nak, dia boleh minta tolong member dia buatkan tapi ambil masa sikit. Dala. Dua tiga hari macma tu. Aku pun terus mengangguk. On selalu boh!

Alang alang aku dh kat situ, terus aku minta tolong tukarkan disc brake. Blaa.. blaaa.. bla.. dibukanya satu persatu sambil mulut ramah tanya soalan. Hahaa aku pun jawablah mana yang rasa nak jawab. Oichhh.. Masalah datang lagi.. Piring disc aku dah makan kot. Dah haus sebab lama sangat guna tapi tak pernah tukar. Ya mmg dah lama tak tukar. Okay, tukar sekali piring disc. Sambil tangan buat kerja, sambil mulut berceloteh. Okaylah, pomem tu peramah. Banyak tips & nasihat berkenaan motor yg dia bagi kat aku. Pomen lain pun okay. Lupalah apa yg disembang waktu tu. Blaa.. blaa.. blaaa... settle semuanya.

Harga? Boleh tahan laaa harga tukar disc brake tu. Mur mur. Murah je dan kerja pun laju siap pluss diaorang pun peramah. Siap dipesannya plak, esok datanglah lepak situ. Hahaaa sengal kan. Dah settle semua, maka aku pun baliklah rumah dengan senang hati. Yeyehhh

Okay gais, untuk korang yang tercari cari bengkel motorsikal yang dibuka pada hujung minggu, bolehlah ke M&S Gboss Motorspot Ent. Lokasinya sekitar Kilang Onn Senawang. Servis diaorang mmg puas hati. Terbaik! Pertama kali aku repair motor kat situ rasa berbaloi. 


InsyaAllah lepas ni aku plan nak tukar cover set plak dekat situ. Doakan urusan aku dipermudahkan ye.



1 ulasan