Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Motor Honda EX5 Dan Motor LC

Motor honda. Macam pelik je bila disebut macam tu. Motor ex. Hahaaa tu baru sebutan yang betul. Tapi kenapa dipanggil ex? Entah. Aku pun tak tahu. Mungkin next time aku rungkaikan persoalan tu.

Nak dijadikan cerita, sebenarnya dah lama aku tak bawak motor ex5. Hampir setahun lebih rasanya. Ya, setahun lebih. Selama ni setiap hari aku dengan motor lc. Pegi mana mana dgn motor lc. Takde nye berpaling tadah dgn motor lain. Hah, setia sangat kan!

Tiba tiba, untuk dua tiga hari ni aku bawak motor ex5. Alamakkk, aku dah tak setia. Dimana perginya motor lc?. Kisahnya macam ni, ingat lagi kes aku tukar break dics aritu? Okay korang bole baca disini.

Disebabkan layanan dan perkhidmatan yang bengkel motor tu berikan memuaskan hati aku, maka aku ambil keputusan untuk tukar block motor disitu. Bukan saja block, tapi keseluruhan yang sorak. Nak disebut satu persatu, banyak sangat. Dari depan sampai belakang. Dari atas sampai bawah. Dari luar hingga ke dalam. Memang keseluruhannya aku repair. Aku percaya pada diaorang. Setakat ni yang aku nampak, hasil kerja diaorang sangat teliti. Ramai cstmr yang puas hati termasuk aku.

InsyaAllah dalam beberapa hari lagi motor aku siap. Jadi, sementara waktu ni aku pakai dulu motor diaorang. Heheee dah jadi geng wehhh. Sejak kes break dics tu, kiteorang dah jd member. Aku oun tak pasti macam mana boleh masuk kepala dengan diaorang. Mungkin sebab motor. Mungkin sebab diaorang bnyk bg nasihat dan pandangan berkenaan motor. Mungkin sebab diaorang tak serik menjawab segala pertanyaan aku yang berkaitan dengan motor. Apapun, diaorang memang sempoi. Maju je buat kerja. Hasil kerja pun kemas. Terbaikk lah.

Okay, untuk korang yang tinggal di sekitar Senawang, Seremban, Negeri Sembilan yang masih tercari cari bengkel motor yang boleh dipercayai, aku cadangkan korang ke M & S Gboss Motorspot Ent yang terletak di Senawang. Berdekatan kilang Onn, Senawang. Lokasi yang strategik. Dibuka setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum.



1 ulasan